Kenyataan Ketua AMK Rembau
Pada 13 Febuari 2012 kira - kira jam 9.00 pagi saya mendapat panggilan telefon dari Pegawai Polis yang dikenali sebagai ASP Wisma dari IPD Ampang. Beliau memaklumkan saya perlu berada pada jam 11.30 pagi di Balai Polis S2 untuk dirakam kenyataan.
Sampai di
balai polis dia memaklumkan perlu ke rumah saya dan pejabat saya kerana
polis hendak membuat rampasan komputer. Saya bersama dengan polis telah
menuju ke kediaman saya di Senawang. Dalam perjalanan saya telah
menghubungi che'GuBard, Ketua Cabang Rembau memaklumkan perkara ini.
Arahan che'GuBard ialah jangan benarkan polis masuk selagi peguam tidak
sampai.
Setelah menunggu 15 minit dikawasan
rumah saya, akhirnya peguam Jason dan beberapa wartawan sampai. Juga
tiba YB Ravi (ADUN PD Bandar) dan YB. P.Gunasekaran (ADUN Senawang).
Sekumpulan polis masuk ke rumah saya dengan berpakaian seragam, isteri
saya yang sedang cuti sakit terkejut, anak-anak tentu keliru dan jiran -
jiran pasti bercakap. Mereka membawa keluar komputer kami sekeluarga
yang isteri saya sering buat kerja pejabat yang tak selesai dan anak -
anak sering gunakan juga untuk urusan kerja sekolah mereka.
Kes
ini bersangkutan dengan kes akaun twitter palsu / menyamar yang mulanya
menggunakan twitt handle @AMK_Rembau. Twitt ini wujud ketika pemilihan
parti dan digunakan sebagai strategi memburukkan nama Ketua Cabang
Rembau yang pada ketika itu menawar diri bertanding Ketua AMK Pusat.
Strategi ini memang berluasa tanpa dikawal ketika itu penggunaan akaun
laamn sosial palsu meruapakn antara strategi utama politik jahat
menjatuhkan che'GuBard ketika itu.
Namun
semuanya tidak berhenti selepas pemilihan selesai. Akaun palsu yang
menggunakan identiti AMK Rembau ini terus digunakan dengan menggunakan
ayat-ayat lucah, kasar dan ada kalanya melampau seperti menghina raja.
Saya yakin ini semua untuk memburukkan che'GuBard.
Pada 5 Julai, saya selaku Ketua AMK Rembau telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kewujudan twitter AMK Rembau ini. klik sini untuk baca.
Namun
pada 27 Disember lepas, ASP Wiswar telah 'menahan' che'GuBard dan
merampas telefon 'Blackberry' miliknya kononya kerana ada laporan oleh
Umno ke atas twitter 'AMK Rembau' yang menghina raja. klik sini untuk baca lanjur
Serentak
dengan itu saya juga ada dihubungi oleh ASP Wismar. Kemudian saya
sendiri dua kali menghubungi pegawai polis tersebut untuk bertanya apa
yang saya perlu bantu atau adakah saya perlu hadir ke balai. Malangnya
dia cuma kata tak apa nanti akan hubungi semula.
Sehingalah
pagi semalam datang dan terus mendesak. Saya terangkan mengenai twitter
tersebut dan sedia tunjukkan beberapa bukti yang kaitkan beberapa
suspek, malangnya ASP tersebut seperti tidak tahu lansung bagaimana
twitter beroperasi dan hanya ikut arahan iaitu 'bosnya' suruh rampas
komputer dan bawa balik.
Saya cuma mahu
tegaskan di sini hari ini keluarga saya terganggu, isteri saya dan anak
saya. Saya beri masa tiga hari kepada manusia yang menyamar disebalik
twitter AMK Rembau yang selepas dari siasatan polis bermula dengan
menahan che'GuBard menjelang tahun 2012 lepas telah beberapa kali
menukar twitt handle nya agar tampil segera.
Boleh
hubungi saya melalui email atau telefon. Jika tidak saya 'terpaksa'
menyerahkan semua bukti dan maklumat berkaitan kamu kepada polis dengan
membuat laporan polis 'semula' mengenai kes ini. Ternyata akaun twitter
tersebut berbalas twitt dengan beberapa mereka yang kononya bertaraf
pemimpin pusat. Termasuk berbincang hadir dalam program dan belanja
makan.
Ketika kita perlu fokus berdepan Umno Bn
dalam PRU yang semakin dekat kenapa perlu ada perangai busuk seperti
ini ? Kamu yang konon berwajah suci depan tetapi sebenarnya berhati
busuk suka membunuh sesama jemaah dan umpama gunting dalam lipatan.
Sani Md Shah
Ketua AMK Rembau
14 Febuari 2012
No comments:
Post a Comment