Apabila orang Melayu dilihat mendekati atau pun menyertai DAP, antara komen-komen yang biasa didengar adalah, “Apalah sertai DAP, kalau ya pun mahu sertai pembangkang, masuklah PAS atau PKR.”
Secara peribadi komen seperti ini sudah beberapa kali saya dengar secara peribadi daripada kalangan rakan-rakan, saudara-mara dan juga bekas-bekas pensyarah saya. Seolah-olah tanggapan orang ramai adalah DAP sebuah parti untuk orang bukan Melayu sahaja dan jika orang Melayu ingin turut serta dalam perjuangan DAP ia bagaikan sesuatu yang amat pelik seperti makhluk asing mendarat di bumi.
Memang tidak dinafikan bahawa orang Melayu sememangnya minoriti dalam DAP, sebagaimana kaum bukan Melayu minoriti PKR dan hampir tiada bukan Melayu dalam PAS.
Tetapi yang lebih teruk lagi, UMNO hanya membenarkan orang Melayu menyertainya, walau pun ada ramai keturunan India semakin menguasai parti itu. Begitu juga MCA dan MIC yang masing-masing hanya membolehkan kaum Cina dan India sahaja bersama mereka.
Kita harus bertanya dan mengkaji mengapa andaian yang bersifat kaum (tidak semestinya perkauman) ini terjadi apabila Melayu bersama dengan DAP.
Dua perkara yang menjadi punca salah faham
Saya melihat ada dua sebab yang utama.
Yang pertama adalah kerana biasanya jika orang-orang Melayu menyokong parti pembangkang, sebahagian besar menyertai PAS yang mana hampir kesemua ahli mereka merupakan Melayu-Islam. Sejak 1999 pula, PKR turut menjadi pilihan untuk orang Melayu.
Mungkin barangkali itu adalah pilihan dan keselesaan individu masing-masing. Jadi ada yang menganggap sesiapa yang “keluar” dari ruang selesa itu telah melakukan sesuatu yang pelik dan ganjil.
Yang kedua adalah kerana propaganda-propaganda yang bersifat jahat dan fitnah daripada jentera UMNO-BN yang menggambarkan pada umum bahawa DAP merupakan parti anti-Melayu, anti-Islam, dan anti-Raja, menyebabkan orang Melayu menjauhi dan tidak sama sekali mahu mendekati DAP.
Ini sangat jelas apabila jika orang Melayu menyertai DAP, merekalah paling dihentam, dikritik dan dilabel seperti ‘pengkhianat bangsa’ dan sebagainya. Ahli-ahli PAS dan PKR yang berbangsa Melayu, walau pun truut dicerca dan dihentam, label ‘pengkhianat bangsa’ itu sudah pun disimpan khas buat ahli-ahli DAP dari kalangan Melayu sahaja.
Hairan juga kerana label ‘pengkhianat bangsa’ itu pula tidak pernah digunakan untuk para pemimpin Melayu yang pecah amanah atau mencuri wang Baitulmal, Tabung Haji, Amanah Ikhtiar Malaysia, projek perumahan kos rendah dan sebagainya untuk kepentingan diri dan keluarga mereka sehingga sanggup membiarkan umat Islam, khususnya mereka yang miskin dan berpendapatan rendah, hidup merana dan melarat.
Berbeza keadaannya apabila fitnah dilemparkan kepada beberapa Melayu yang berani menyertai DAP atas dasar mahu mereformasikan negara dan memperjuangkan kebajikan dan hak semua anak bangsa tanpa mengira kaum dan agama.
Ujian-ujian yang sukar seperti ini juga menyebabkan orang Melayu tidak terdorong untuk memilih DAP sebagai wadah perjuangan.
DAP hanyalah sebuah parti politik
Namun demikian, apa yang diperjuangkan oleh DAP tidak pernah pro mahu pun anti mana-mana kaum atau agama. Ia hanyalah sebuah parti politik berbilang bangsa yang tidak berteraskan kaum (dan bebas untuk sesiapa sahaja menganut apa-apa agama) serta memperjuangkan demokrasi sosial.
Mungkinkah demokrasi sosial yang memperjuangkan keadilan dan peluang saksama serta memastikan mereka yang paling miskin dan berpendapatan rendah diberi keutamaan, amat ditakuti oleh UMNO-BN?
DAP sepanjang sejarahnya tidak pernah menghalang mana-mana individu menyertai perjuangan mereka berdasarkan warna kulit mahu pun kepercayaan agama. Malah ia amat menggalakkan penyertaan masyarakat pelbagai lapisan. Tidak seperti kebanyakan parti lain yang telah mengkhaskan parti mereka untuk kaum-kaum tertentu.
Fitnah paling besar bahawa DAP sebuah parti cauvinis Cina amat tidak masuk akal sama sekali. Sejak awal penubuhannya, para pemimpin dan ahli DAP kebanyakannya berpendidikan Inggeris (selaras dengan sistem pendidikan pra dan pasca-Merdeka) dan tidak memilih kaum sebagai asas perjuangan. Sudah ada pemimpin dan ahli Melayu pada saat kewujudan DAP 46 tahun lalu.
Sepanjang zaman pula, hari ini Pengerusi DAP ialah Karpal Singh manakala Naib-naib Pengerusinya terdiri daripada Tunku Abdul Aziz dan M. Kulasegaran. Isu-isu yang diperjuangkannya menjangkau apa yang boleh diperjuangkan oleh kombinasi UMNO, MCA, dan MIC, malah meliputi isu-isu yang gagal ditangani oleh PBB, SUPP dan PRS di Sarawak serta UPKO, LDP dan PBS di Sabah. Bukankah ini melambangkan kepelbagaian masyarakat Malaysia? Di mana cauvinis Cinanya?
Persepsi masyarakat hanya boleh dibetulkan dengan mencari kebenaran. Namun setelah indoktrinasi generasi ke generasi bahawa DAP ini parti orang cauvinis Cina, segala yang palsu telah diangkat sebagai kebenaran.
Fitnah pemimpin UMNO
Antara fitnah paling jahat adalah beberapa dakwaan pihak tertentu yang masih dipercayai segelintir masyarakat Melayu adalah kononnya DAP merupakan pencetus tragedi 13 Mei 1969. Ada yang sanggup memfitnah kononnya Lim Kit Siang telah mengucapkan kata-kata ‘Orang Melayu pergi mati’ di Kuala Lumpur pada ketika itu, walhal beliau sudah pun berada di Kota Kinabalu kerana membantu kempen pilihan raya di Sabah.
Segala rekod dan bukti menunjukkan bahawa beliau tidak berada di Kuala Lumpur ketika 13 Mei, tetapi fitnah yang maha dasyat itu tetap disebarkan. Malah Kit Siang tidak pernah menyebut kata-kata hasutan itu. Itulah kebenarannya.
Semua pihak sedia maklum bahawa UMNO-BN hanya bergantung kepada kebencian kaum untuk mengekalkan kuasa. Apa-apa hal, mereka memerlukan objek kebencian dan mereka memilih DAP (sebagai ganti nama Cina) sebagai kambing hitam.
Jika di negara lain, kerajaan yang korup dan hanya mementingkan kroni serta sanggup membiarkan kaum sendiri melarat sudah lama akan dicampakkan. Namun di Malaysia, dengan kekalnya undang-undang berat sebelah dan zalim, UMNO-BN mampu mengekalkan kemandiran parti mereka dengan menanam perasaan lemah diri atau inferiority complex di kalangan Melayu dan mengugut untuk menakutkan kalangan bukan Melayu.
Tawaran DAP
Di sini DAP menawarkan alternatif untuk rakyat Malaysia termasuklah orang Melayu. Sesiapa jua boleh menyertai DAP tanpa diskriminasi warna kulit mahu pun agama. Alternatif yang disediakan DAP dalam arus perdana perjuangan politik di Malaysia adalah jelas dari dulu sampai sekarang iaitu perjuangan demokrasi sosial dan sebuah Malaysia untuk Rakyat Malaysia.
Malah, jangan terkejut, suatu hari nanti Melayu akan menjadi majoriti dalam DAP, asalkan Melayu itu adalah dari kalangan mereka yang demokrat, adil, tidak perkauman dan tidak sempit agama, serta memperjuangkan peluang saksama untuk semua.
Bukan warna kulit atau kepercayaan agama yang menjadi ketentuan. Hanya prinsip dan perjuangan yang menentukan kejujuran, keikhlasan dan hati budi seseorang insan.
Saya fikir bahawa perjuangan demokrasi sosial adalah sesuatu yang amat baik diwajar diterima oleh rakyat Malaysia. Ia menjamin kebajikan sosial golongan masyarakat yang memerlukannya di samping kemakmuran ekonomi yang dibawa oleh sistem pasaran yang dipantau oleh kerajaan yang cekap, akauntabel dan telus.
Ini lebih jauh lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang, iaitu ekonomi monopoli untuk kroni dan campur tangan kerajaan dalam ekonomi demi kepentingan diri dan keluarga sedangkan peruntukan dan projek entah ke mana, rakyat terus terseksa. Yang menderita itu termasuk mereka dari kalangan Melayu.
Oleh kerana DAP sebuah parti yang memperjuangkan semua bangsa di Malaysia, maka ia sentiasa menjemput dan menggalakkan semua kaum untuk menyertai perjuangan demi keadilan dan demokrasi. Jemputan ini tentunya ditujukan kepada orang Melayu juga. – Roketkini.com

No comments:
Post a Comment