Di
atas ialah keratan paparan yang mengandungi akaun twitter che'GuBard
yang disiarkan dalam beberapa laman pro Bn. Kononya menurut mereka
che'GuBard menghina kaum India dengan mengatakan masyarakat india kaum
tani sebagai kasta rendah.
Kesian
melihat kesungguhan blogger pro Bn yang bersungguh membuat 'spinning'
dengan setiap apa juga yang diperolehi mereka. Namun mereka tidak sedar
bahawa usaha mereka ini menunjukkan secara tidak lansung kedangkalan
hujah dan ilmu.
Apa
yang saya sebut tidak ada kena mengena dengan kasta tetapi teori sistem
kelas yang digunakan pakai dalam banyak tulisan / tesis dalam mengupas
atau menggambarkan kelas masyarakat.
Soekanto
(1993) dalam ‘Kamus Sosiologi’ dalam mengupas prasangka kelas secara
jelas merujuk beberapa kali menyebut kelas bawahan sebagai rakyat
tertindas dan kelas atasan sebagai elit yang dekat dengan kekuasaan.
Teori Sosiologi yang dicetus Karl Marx yang kemudian dikupas dalam
banyak tulisan turut merujuk kelas bawah sebagai kelas pekerja dan kelas
atas ialah kelas pemodal atau penindas. Malah dalam silibus tajuk
Konsep Hubungan Etnik yang terpakai di banyak IPT tempatan turut merujuk
'kelas bawahan' sebagai kelas masyarakat pekerja dan miskin.
Merujuk
semula kepada twitter ucapan selamat Ponggal yang ditulis che'GuBard
tidak ada salahnya. Apabila che'GuBard mengajak semua yang merayakan
ponggal mengambil kesempatan semangat kaum tani untuk penyatuan 'kelas
bawah' bangkit melawan penindasan sistem ekonomi yang kaya semakin kaya
yang menindas sekarang ini.
Persoalanya
benarkah juak - juak Bn ini begitu bersemangat dalam kononya
memperjuangkan perpaduan kaum atau melawan penghinaan mana - mana kaum.
Di Negeri Sembilan sendiri dua kali dalam dua sidang berbeza seorang
adun Bn yang sama jelas membangkitkan penghinaan kepada masyarakat India
dengan mencarut menyebut alat sulit wanita dalam bahasa Tamil.
Kejadian ini berlaku apabila YB Ravi (Port Dickson) bangun
membangkitkan permasalahan masyarakat khususnya orang India termasuk
janji PRU yang tidak ditunaikan, berang dengan fakta yang dibangkitkan
oleh YB Ravi seorang adun Umno bangun dan mencarut dalam bahasa tamil
secara sengaja untuk menghina. Malah institusi dewan pula menghina
seluruh rakyat negeri ini dengan gagal mengambil tindakan terhadap dua
kali tindakan kurang ajar Adun tersebut. Tetapi pada ketika mana juak -
juak yang bising dengan memusing belit mengenai twitt che'GuBard ???
No comments:
Post a Comment