Kenyataan Rasmi
22 Januari 2012
SAMM MENGUTUK SERANGAN GANAS BERSIFAT PERKAUMAN.
Asalkan
Bukan Umno (ABU) ialah sentimen rakyat yang ingin melihat penyatuan
perbagai 'force' dalam usaha menumbangkan Umno ke arah menyelamatkan
negara. Ini penting kerana melihat kehancuran negara yang disebabkan
Umno iaitu sebuah parti yang dicipta penjajah untuk mewarisi negara ini
semakin tidak terbendung.
Sentimen ABU ini
ialah sentimen rakyat namun baru - baru ini beberapa organisasi
pertubuhan bukan kerajaan dengan kerjasama beberapa parti politik telah
bergabung untuk memberi nafas baru kepada sentimen ini menjadi kempen
kesedaran peringkat nasional. Pada 15 Disember lepas ABU telah
dilancarkan di Taman Melewar, Gombak dengan menyaksikan pentas perasmian
dikongsi oleh ahli politik, aktivis masyarakat, peniaga kecil,
kontraktor, wakil orang asal, pekerja kilang dan wakil-wakil perbagai
segmentasi masyarakat hadir menyampaikan ucapan.
Selepas
itu program berteraskan ABU berterusan dalam perbagai pendekatan dalam
skala kecil dan besar. Antaranya ialah pelancaran ABU Pulau Pinang pada
18 Januari 2012 di Permatang Damar Laut yang menyaksikan bukan sahaja
lebih 1500 kehadiran dalam kawasan yang dikenali kubu Umno sebelum ini
tetapi turut menyaksikan pengistiharan keluar beramai - ramai ahli Umno
yang diketuai oleh bekas ketua cawangan Umno kawasan tersebut. Bukan itu
sahaja pengedaran risalah ABU serta kemeja ABU mula menjadi trend anak
muda.
Mungkin melihat kejayaan dan penerimaan makin meningkat maka Umno menjadi gusar.
Minggu
lepas sekali lagi ABU menjadi perhatian apabila Hindraf secara rasmi
menyatakan pendirian bersama dengan ABU. Hindraf berjanji akan bersama
dengan sekutu - sekutu yang bersama sentimen ABU malah koordinator
Kebangsaan hindraf w.Sambulinggam menyatakan hasrat ingin bersama PR
bagi mengalahkan Umno/Bn dalam PRU akan datang.
Serentak dengan itu Hindraf mengusakan beberapa pentas program ABU di beberapa tempat.
Pada
21 Januari 2012 jam 9.00 mlm telah disusun program Ceramah Umum ABU
yang menampilkan Hj. Mohd Sabu (Timbalan Presiden PAS), Peguam Haris
Ibrahim (SABM), cheGuBard (SAMM) dan Sambulinggam (Hindraf) di Dewan
MBSA seksyen 30, Jalan Kebun,Shah Alam.
Kira -
kira 8.45 malam, orang ramai memasuki dewan, kebetulan dengan waktu Isya
yang lewat maka kehadiran awal ialah majoriti bukan Islam. Kira - kira
9.00 mlm semua penceramah sampai dan mula duduk diatas pentas. Serentak
dengan itu datang kira - kira 20 orang pemuda menjerit perbagai cacian
dan makian yang dilihat secara sengaja ditujukan kepada hadirin India.
Malah ada yang membawa masuk motorsikal ke dalam dewan. Mereka
bersenjatakan topi keledar dan kayu terus memukul beberapa tetamu yang
hadir. Peralatan P.A dan projektor juga ada dirosakkan. Beberapa orang
cedera, namun mereka tidak mahu ke hospital kecuali seorang pemuda
berbangsa India terpaksa dikejarkan ke hospital kerana hampir pengsan
dipukul.
Di luar dewan pula sebahagian dari
kumpulan ini dengan senjata telah mengugut dengan menjerit kepada
peniaga yang datang berniaga kerana program tersebut agar menutup
perniagaan. Ada gerai yang menjual makanan ringan mengalamai kerugian
apabila gerainya disepak dan barang makanan yang dijualnya berterabur di
tanah.
Petugas dengan beberapa hadirin yang
kebutulan ada yang baru datang berjaya menenangkan keadaan. Kumpulan
pemuda - pemuda tersebut berundur ke seberang jalan mengadap dewan.
Ketika kira kira 4-5 orang ganggota polis datang, jumlahnya mereka
bertambah ramai begitu juga penyokong dan hadirin yang ingin hadir
bersama ceramah ABU. Keadaan mula tegang, polis dilihat tidak mampu
berbuat apa-apa.
Kira - kira jam 10.00 mlm
penganjur memutuskan untuk menangguhkan program tersebut kerana bimbang
soal keselamatan dan mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.
Jelas
serangan tersebut ditujukan kepada hadirin bukan Melayu khususnya
India, dalam taklimat sebelum bersurai cheGuBard meminta agar kawan -
kawan Melayu agar dapat memastikan kawan-kawan berbangsa India dapat di
iring ke kenderaan dan selamat keluar dari kawasan kerana di keliling
dewan pemuda - pemuda ada yang bersenjata bertambah ramai menjerit jerit
ugutan perkauman.
Ada orang tempatan yang
mengenai penyerang tersebut dengan orang kuat Umno, malah dari pakaian
(ada berlogo Umno), aksi dan jeritan mereka yang menghalau orang India
keluar kerana ini kawasan Melayu kubu Umno jelas menunjukkan serangan
tersebut harus dipertanggungjawabkan kepada Umno. Mereka sedang mencipta
pergaduhan kaum, mujur yang hadir tenang dan bertindak bijak.
Kejadian
malam tadi membuktikan sikap sebenar Umno dan hipokrasi kempen 1
Malaysia. Adakah orang India sudah tidak selamat berada dikawasan ramai
penyokong Umno ? satu lagi paku telah diketuk untuk menyiapkan keranda
Umno menjelang PRU akan datang.
Umno harus
dipertanggungjawabkan dalam kejadian serangan fizikal, ganas dan
bersifat perkauman ini. PDRM dituntut bertindak profesional gambar
rakaman semua tersedia dan diserahkan bersama dengan laporan yang dibuat
penganjur.
Kejadian ini sama sekali tidak melemahkan. Malah semua rakyat dijemput untuk hadir ke
Pelancaran ABU Negeri Sembilan
28 Januari 2012, 9.00 malam
Taman Seremban Selatan.
Sekian
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
Solidariti Anak Muda Malaysia
22 Jan 2012
2.08 pagi
No comments:
Post a Comment