Share |

Thursday 5 January 2012

PPIM, Permas buat laporan polis bantah gerakan bebaskan Anwar

Akan hantar 5, 000 ahli menyokong Saiful.

imgAKUALA LUMPUR: Dua NGO Melayu membuat laporan polis terhadap perhimpunan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan makahmah tinggi di sini, Isnin depan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) membuat laporan polis tersebut di IPD Sentul.

Dalam sidang media.bersama hari ini dua NGO berkenaan mendakwa gerakan itu berunsur politik dan provokasi bagi mencabar kewibawaan mahkamah.

“…tindakan ini amat tidak wajar dan bersikap biadap. Mereka pentingkan survival politik semata-mata tanpa menghiraukan kepentingan awam termasuk demokrasi dan perpaduan,” kata Setiausaha Agung Permas, Zulkifly Sharif.

Mahkamah akan membuat keputusan Isnin terhadap Anwar atas tuduhan liwat bekas pembantunya Muhamad Saiful Bukhari.

PKR bersama PAS, DAP serta NGO akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di perkarangan mahkamah sebagai sokongan kepada Anwar.

Berikutan iu Perkemas akan menghantar 5, 000 ahli bagi menyokong Saiful.

Zulkifly berkata, menjadikan demonstrasi jalanan untuk simpati masyarakat perlu dicemuh.

“Kami marah dengan kebiadapan binatang-binatang kelompok ini yang didalangi Anwar dan Azmin Ali,” kata beliau.

Permas dan PPIM, kata Zulkifly sebarang kes yang masih dalam perbicaraan tidak seharusnya dipolitikkan.

No comments: