Developer Kampung Buah Pala di Pulau Pinang untung berbilion.
“Yang menjadi mangsa ialah orang kampung.” — M. Sugumaran, wakil penduduk Kampung Buah Pala
“Apa yang kami tidak faham ialah mengapa kerajaan Pakatan Rakyat ini, dia bukan nak selamat kampung [sebaliknya] nak roboh kampung. Bila di bawah pimpinan Barisan Nasional, 30 tahun kami dok bincang, bincang, bincang 30 tahun tapi tak roboh le.” [Sugumaran, YouTube]
Penghuni Kg Buah Pala amat malang kerana dari mulut harimau masuk ke mulut buaya.
Saya pernah dikhabarkan bahawa Hindraf gagal juga dalam usaha mereka untuk mengadakan perjumpaan dengan Lim Guan Eng supaya mencari penyelesaian yang baik kepada isu.
Hindraf difahamkan Guan Eng tidak ada minat untuk melayan sebuah organisasi yang membela kelompok daif kaum India kerana sebagai seorang ‘Malaysian First’, ketua menteri merangkap setiausaha agung DAP itu menganggap Hindraf bersifat rasis.
(Kuali mengata cerek hitam, Guan Eng nampaknya lupa akan “Malaysian agenda” yang diuar-uarkan partinya - screenshot di bawah - apabila dia mengkritik Johortatkala berada di Singapura.)
Petikan Malaysiakini (14 April 2010)
Kawan-kawan Hindraf saya juga berkata sepanjang saga kampung gembala lembu itu meleret, Guan Eng enggan turun ke padang untuk bersua dengan penduduk kampung kaum India yang (bukan Kristian dan bukan golongan profesional) terlibat.
Namun semalam ketika majlis penyerahan kunci dilangsungkan di tapak Kg Buah Pala (yang dirobohkan dua tahun lepas), Guan Eng dengan muka tebal sekali muncul untuk mengambil kesempatan ‘foto op’ (peluang bergambar) demi meraih publisiti murahan.
“Saya berasa amat sedih sekali sebab pada hari ini saya terpaksa mengambil ‘banner’ untuk menyatakan bahawa kami bantah salah guna kuasa oleh ketua menteri Pulau Pinang ini.” [YouTube, 3:06]
“Saya masih ingat lebih kurang 20 tahun dahulu semasa berlaku isu Kampung Khoo Kongsi di Penang, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, DAP bertungkus-lumus bermati-matian untuk menjaga kepentingan kampung Cina di Khoo Kongsi.
“Tetapi bila mangsanya ialah orang-orang India, a different set of rules applies,” kata Uthaya.
Kg Buah Pala – yang tanahnya diamanahkan keluarga peladang Brown kepada buruh India mereka – telah menjadi tempat kediaman cucu-cicit pekerja-pekerja India itu selama lebih 110 tahun … sehinggalah pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd berjaya mengambil alih hakmilik selepas berlakunya pengkhianatan oleh ketua-ketua DAP Pulau Pinang.
9 keluarga hilang segala-galanya
Sebanyak 24 keluarga telah menerima kunci rumah baru masing-masing sementara sembilan lagi buah keluarga yang diusir dari kampung itu tidak mendapat apa-apa setelah menolak pampasan tunai RM125,000 yang ditawarkan oleh pengarah eksekutif Nusmetro, Gary Ho.
Semalam juga seorang pemimpin kanan DAP, iaitu Karpal Singh, pada akhirnya terpaksa membuat pengakuan bahawa Pakatan gagal menunaikan janji-janji yang ditabur mereka kepada penduduk kampung itu.
Karpal sendiri yang mengaku juga bahawa pemaju tanah Nusmetro akan mengaut keuntungan berbilion ringgit dari projek ini.
Mengikut laporan Malaysiakini, Karpal telah memberi sebagai alasannya bahawa ketua menteri boleh dipenjarakan jika dia ingkar terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan pada 24 Jun 2009 yang memenangkan Nusmetro.
Karpal telah dipetik sebagai berkata dalam ucapannya:
“Ramai yang bertanya, apa yang berlaku kepada janji-janji? Macam mana dengan janji Lim [Guan Eng] yang berkata kami akan mempertahankan kampung itu? Betul, kami semua berkata begitu.”
“[Namun] jika kami hina mahkamah bukan sahaja kami akan diheret ke penjara … tetapi kerajaan negeri juga boleh dilucutkan kuasa.”
DAP kerap menyalahkan kerajaan Barisan Nasional pra-2008. Itu hanya cerita mudah.
Penjelasan rumit yang diberitahu penduduk kampung kepada aktivis adalah lain.
DAP yang menggali kubur
“Tanah [Kg Buah Pala] yang diberimilik ini [kepada penduduk India oleh keluarga Brown] tidak boleh dipindahmilik, cagar, pajak, pajakan kecil atau sebarang bentuk urusniaga tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa negeri,” kata A. Thiruvengadam.
Dalam klip YouTube, Bhg 1-4, Thiruvengadam seorang bekas councilor Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menceritakan penyelewengan yang berlaku di mana golongan penduduk kampung penternak lembu susu tersebut ditipu.
Hujah Thiruvengadam ialah kerajaan negeri mempunyai kuasa dan kata pemutus atas urusan Kg Buah Pala. [Nota: Catatan minit-minit exco mengenai Kg Buah Pala masih belum didedahkan kepada umum. Ke mana perginya CAT kerajaan negeri Pulau Pinang?]
Akan tetapi sepertimana didakwa oleh Sugumaran (wakil penduduk Kg Buah Pala) dan pihak-pihak sukarelawan lain yang prihatin dengan nasib golongan India kurang berpendidikan itu, rupa-rupanya Guan Eng dari awal-awal lagi sudah menetapkan bagi pemaju Nusmetro meneruskan projek pembinaan tersebut.
Memanglah, Guan Eng kan merupakan exco Pulau Pinang yang memegang ‘portfolio tanah‘.
(Baca sini tentang projek-projek perumahan di Pulau Pinang yang bak cendawan tumbuh lepas hujan / selepas Mac 2008.)
Tidak berhati perut
Ramai para penyokong Guan Eng berkata “padan muka” sembilan keluarga India tersebut yang kehilangan tempat tinggal.
Screenshot komen-komen pembaca Malaysiakini ini adalah tipikal kepada penghinaan yang sering dicurahkan ke atas penduduk Kg Buah Pala “bodoh” oleh puak DAP yang cerdik-pandai.
Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
KISAH LATAR
Thiruvengadam mendakwa bahawa Nusmetro sudahpun menjual condo kepada para pembeli serta menandatangani perjanjian jual-beli (S&P) dengan mereka dua bulan sebelum pemaju itu berjaya memperolehi surat hakmilik tanah.
(1)
“How could the developer Nusmetro caveat this piece of Buah Pala land to this company’s name when the condition [i.e. cannot be transferred, mortgaged, pawned, sublet, or used as a business instrument without getting written consent from the state authority/exco] on the land title is still there?”
YouTube: Chronology of Buah Pala Land Scam, Part 1
(2)
“The lawyers [consulted] are telling that the state government under the leadership of Lim Guan Eng can still save this piece of land because the state authority has got special power by certain clauses in the law.”
“If the state government itself is making a report to MACC on this particular land transaction, it shows that there is some basic of fraud in the land transaction. …Why did this new government complete the transaction? This new government is the one which has issued the land title. WHY?“
“If fraud is proven, the state government can withdraw the land title.”
[Nota: Laporan kepada SPRM dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang (I) dan (II) Mansor Othman dan P. Ramasamy pada 13 Julai 2009.]
YouTube: Chronology of Buah Pala Land Scam, Part 2
(3)
“Let me tell you this. Lim Guan Eng is the main culprit in announcing all this kind of news and this news [is] being carried in the media that can be the cause to reduce public support for these villagers.”
YouTube: Chronology of Buah Pala Land Scam, Part 3
(4)
“Imagine this kampung is a Chinese kampung. … Do you think Lim Guan Eng would act like this?”
“How can a chief minister, how can a state government, force the people to go into illegal transaction to accept the offer by this developer and leave the kampung?”
No comments:
Post a Comment