ADAPUN cincin ajaib yang diposkan kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah dipulangkan kepada yang mengirim.
Berita
yang dibongkar oleh Cikgu Bard, seorang pemimpin ternama PKR betapa
adanya cincin yang semahal sekitar RM72 juta dihantar kepada Rosmah
secara pos dan terpaksa melalui pemeriksaan kastam itu adalah benar
apabila Menteri Nazri Aziz mengesahkannya dalam Parlimen.
Menteri
Nazri dalam jawapannya kepada soalan mengenainya di Parlimen
memberitahu bahawa cincin itu telah dikembalikan kepada syarikat
pemunyanya.
Apabila
ia telah dikembalikan kepada sipengirim, bererti pernah dibawa masuk
ke negara ini dan dihantar kepada Rosmah di alamatnya.
Bagaimana ia dibawah masuk telah didedahkan oleh Cikgu Bard. Bagaimana ia dipulangkan tidak pula diketahui.
Berita
rasmi mengenai cincin ini hanya yang disahkan oleh menteri Nazri di
Parlimen. Penjelasan menteri di Parlimen diterima sah. Anggota Parlimen
tidak boleh membuat kenyataan palsu di Parlimen. Jika dibuktikan anggota
Parlimen membuat kenyataan palsu di Parlimen, maka hilang kelayakannya
sebagai anggota Parlimen.
Berita
ia sudah dikembalikan itu boleh diterima. Tetapi penapian Rosmah
betapa cincin itu dihantar kepadanya sebagai fitnah tidak dipercayai.
Orang percaya cincin itu telah dihantar kepadanya dan telah diterimanya.
Jika
diadakan penyiasatan telus di Jabatan Kastam, nescaya orang dapat tahu
bagaimana cincin itu sampai ke Jabatan Kastam dan cara mana kastam
mengendalikannya? Kastam juga tentu dapat menceritakan ke mana cincin
itu dihantar selepas diperiksa kastam?
Yang menjadi misteri sekarang ialah bagaimana cincin itu boleh dihantar ke Malaysia dan kepada orang yang dikirim di alamatnya?
Adakah syarikat yang mengirimnya sekadar untuk menunjuknya saja kepada Rosmah?
Adalah
tidak munasabah cincin yang semahal itu boleh dihantar begitu saja
kalau tiada persetujuan atau permintaan dari orang yang dihantar?
Kalau
atas tujuan untuk dipertontonkan kepada orang Malaysia dan kemudian
dipulangkan balik, mengapa tidak dihantar kepada Raja Permaisuri Agong
yang kedudukan baginda adalah lebih tinggi dari isteri Perdana Menteri?
Rosmah memang terkenal sebagai seorang yang lincah dan diketahui pula suka bermewah serta gemar kepada benda-benda yang mewah.
Jika
cincin itu untuk tujuan pameran, tiada berita tentang pameran barang
mewah termasuk cincin itu. Adalah mustahil pameran diadakan sekadar
untuk menunjukkan sebentuk cincin itu saja.
Kalau
untuk dipamer, tentulah tuan punya cincin itu sendiri datang kerana dia
akan dapat menjawab semua pertanyaan para peminat tentang cincin itu.
Adalah mustahil cincin itu dipamerkan tanpa kehadiran tuan punya bagi
menjamin keselamatan cincin itu.
Agak ajaib jika cincin itu sekadar dipinjamkan kerana ia bukan benda yang murah. Apa jaminan jika cincin itu hilang?
Tiada jawapan yang dapat diterima bagi tuan punya melepaskannya kepada orang lain selain dari dijual.
Orang
seperti Rosmah dipercayai tidak akan melepaskannya apabila ia sudah di
tangannya. Sedaya upayanya dia akan menjadikannya hak miliknya. Setinggi
mana pun harganya tidaklah penting sangat tetapi dia ada cara untuk
menyelesaikannya dan dia ada cara bagaimana Perdana Menteri Najib dapat
membantu mendapatkannya.
Kita
tidak menyanggah penjelasan Menteri Nazri ia telah dikembalikan kerana
kita menghormati kata-kata di Parlimen adalah benar dan tiada yang
tidak benar.
Tetapi siapa saksi cincin itu telah beredar dari tangan Rosmah? Apa bukti ia sudah diterima semula oleh tuan punya?
Apa pun perkiraan antara kedua tuan punya dan orang yang menerima cincin adalah urusan dan transaksi kedua mereka.
Negara,
kerajaan dan rakyat ada hak untuk mengetahui urusan cincin itu. Kita
yakin Rosmah mahu memilikinya. Tuan punya tentu sudah diyakinkan urusan
niaganya dan penyerahan cincin itu tidak mendatangkan risiko.
Tidak
cukup duit gaji Najib dikumpul sejak mula jadi menteri hingga sekarang
untuk membelinya. Maka Najib mesti menghilangkan keraguan orang tentang
cincin itu supaya tiada wang negara disalahgunakan dan tiada urusan
yang tidak betul melayakkan cincin itu boleh menjadi milik isterinya.
Sukar orang untuk mempercayai adanya urusan tentang cincin itu boleh dibawa ke sini.
Silap Rosmah ialah mengapa cincin itu tidak dipakai dan dibawa pulang sendiri? Tiada siapa tahu jika ia tidak dipos.
|
Wednesday, 19 October 2011
Cincin RM72 juta sudah pulang? - Subky Latif
Labels:
Rosmah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment