Beliau berkata, pihak berkuasa agama perlu
bertindak proaktif untuk membuat siasatan terhadap segala pendedahan
yang telah dibuat.
Tindakan tegas mengikut enakmen dan undang –undang sedia ada supaya polemik berkenaan usaha memurtadkan orang-orang Islam dapat dibendung, kata Ketua DPPNS, Hasbullah Mohd Ridzwan.
Beliau berkata, pihak berkuasa agama perlu bertindak proaktif untuk membuat siasatan terhadap segala pendedahan yang telah dibuat.
“Sekiranya terbukti kebenaran daripada siasatan tersebut, pihak berkuasa agama perlu mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Akhbar membongkarkan seorang guru tuisyen di Jalan Kuchai Lama di Kuala Lumpur mengajar muridnya yang beragama Islam menyanyikan lagu memuji kebesaran Nabi Isa.
Dilaporkan juga, murid yang belajar secara percuma daripada sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu, telah diajar menyanyikan lagu “Yes, I know Jesus loves me” dan ‘Hari ini ku rasa bahagia’ yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib.
TPM nafi
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan penyebaran agama Kristian di kalangan pelajar Islam.
Hasbullah berkata, jika pihak berkuasa agama tidak mengambil langkah segera untuk menyiasat dan mengambil tindakan, maka isu ini akan terus berlarutan dan berkemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan memfitnah dan mehnah sehingga merosakkan keharmonian prinsip kebebasan beragama.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor , tegasnya penuh yakin dan percaya bahawa pihak berkuasa agama negeri-negeri terutamanya di Selangor akan dapat melaksanakan tugasan mereka secara profesional dan adil untuk mempastikan kesucian agama Islam dan umat Islam dilindungi.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mempertegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha dan agenda untuk memurtadkan orang-orang Islam.
“Pemuda PAS komited untuk membantu dan menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan oleh pihak-pihak berkuasa agama untuk melakukan pemantauan, penangkapan, memberikan kaunseling atau apa jua bentuk bantuan yang diperlukan sekiranya ada kes atau isu yang berkaitan dengan usaha untuk memurtadkan orang-orang Islam,” tambahnya.
No comments:
Post a Comment