Share |

Monday 29 August 2011

Mat Sabu pengganas, pengkhianat – Musa Hassan

(Utusan Malaysia) - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melabelkan Mohamed Sabu sebagai pengganas dan pengkhianat negara apabila mendakwa Parti Komunis Malaya (PKM) ialah hero sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong dan bukannya anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka.

Sehubungan itu, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memantau tindak-tanduk Timbalan Presiden Pas itu dan mengambil tindakan tegas terhadapnya termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kenyataannya itu menunjukkan beliau mempunyai kecenderungan menjadi pengganas.

Menurut Musa, kenyataan Mat Sabu itu jelas menunjukkan beliau menyokong pengganas sedangkan sejarah membuktikan betapa kejamnya komunis terhadap anggota pasukan keselamatan dan rakyat yang menentang perjuangan mereka suatu ketika dahulu.

“Lupakah Mat Sabu betapa ramai anggota pasukan keselamatan dibunuh dengan kejam oleh komunis, berapa banyak rumah penduduk kampung dibakar apabila enggan memberi beras kepada mereka?

“Ada 6,000 pegawai dan anggota polis dibunuh oleh komunis, tak kan mereka sanggup bergadai nyawa jika bukan mahu mempertahankan negara tetapi malang sekali pengorbanan mereka diperlekehkan oleh seorang pengkhianat seperti Mat Sabu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kata Musa lagi, Mohamad Sabu mungkin sengaja mengeluarkan kenyataan tersebut untuk mencari publisiti dan memburukkan polis yang selalu menangkapnya kerana melanggar undang-undang sebelum ini.

1 comment:

Anonymous said...

Musa Hassan BUTA HATI & BUTA PERUT...berfikiran sempit...akibat taksub dengan UMNO laknatullah yang jadi pengampu British...

Statement Mat Sabu refers to Peristiwa Bukit Kepong, tahun 1950, iaitu sebelum Merdeka yakni masih dibawah penjajah British.

Kalau polis time tu jadi balaci British@penjajah, atas apa2 alasan pun, statement Mat Sabu adalah benar.Pointnya disini Komunis especially Regimen Ke-10 yang mana rata2 dianggotai oleh Orang2 Melayu tidak sanggup menggadai maruah,(Nota: Mat Indera adalah seorang guru Agama) bangkit menentang penjajah laknatullah dan mereka adalah PEJUANG dan balaci@anjing@polis British adalah PENGKIANAT.(Nota: Beladang, iaitu kawan karib Mat Indera kianat kepada perjuangan Melayu untuk menghalau penjajah, dengan memberi kopi bercampur pucuk kecubung kepada Mat Indra hingga mabuk, mengakibatkan dia ditangkap.) Itu pun susah nak faham ke? Kepada sapa2 nak tahu detail...cari buku Memoir Abdullah CD and others related to Malaysia Indipendence..
Tolong bagitau sapa pemimpin UMNO time tu yang berani mengangkat sendjata lawan British...xde...yang jadi penjilat British berlambak...Lembu punya susu, sapi dapat nama...FULL STOP