Share |

Thursday, 11 August 2011

Malaysiakini ‘Top Blogs’ Kit kontrol, yang kritis ditendang keluar


Khalid Ibrahim mengeluarkan perintah tutup mulut semalam melarang jemaah exconya memberi komen mereka tentang majlis makan malam DUMC yang disertai Muslim.

Lim Guan Eng juga meletakkan ‘gag order’ ke atas orang kanannya minggu ini menegah sebarang perbincangan tentang isu pertelingkahan Jeff Ooi dengan exco Pulau Pinang Wong Hon Wai.

Adakah tindakan kedua-dua orang Menteri Besar kerajaan negeri Pakatan akan mendokong prinsip ketelusan yang seringkali diuar-uarkan ‘politik baru’ pembangkang?

Sekiranya melibatkan hanya ahli parti bolehlah disumbat mulut mereka. Tetapi bagaimana pula kalau ianya si blogger berkecuali yang tulisannya bernada kritis?

Blog Hartal MSM muncul online pada bulan Julai 2009. Ia disenaraikan dalam Malaysiakini Top Blogs semenjak dari tarikh pelancarannya sehinggalah bulan Mac tahun ini.

Namun susulan daripada penerbitan dua rencana bertajuk ‘Pakatan ban critical press, supporters jeer articles’ dan ‘Interlok: Pakatan’s sabotage’, Hartal dengan serta-merta telah ditendang keluar daripada Malaysiakini Top Blogs. Memang DAP pantang ditegur.

Media baru yang nyata berpihak kepada Pakatan juga enggan memberi ruang bagi komentar yang tidak sejajar dengan agenda anti-kerajaan mereka.

Seorang pembaca Malaysiakini bergelar ‘AkuMelayu’ telah menulis di RockyBru:
I was a regular commenter in M’kini until they banned me for retaliating to numerous comments from opposition ball-lickers. And Steven Gan went against his words/promise to allow me to come back after a month.
Screenshot ‘Top Blogs’ Malaysiakini pada 19 Mei 2011

Kalau dilihat screenshot di atas, lebih separuh (yakni 23) daripada 45 pautan Top Blogs di Malaysiakini adalah posting yang diambil daripada blog Lim Kit Siang. Rupa-rupanya hanya suara Kit yang dibenarkan berkumandang di portal berita tersebut.

Posting yang selainnya siapa lagi kalau bukan orang Pakatan — Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen DAP Charles Santiago masing-masing menyumbangkan 6 dan 4.

Rata-rata semua pro-Pakatan termasuklah Teresa Kok dan Dr Dzulkefly Ahmad. Hanya Rocky Bru sahaja yang tidak mengikut acuan. Meskipun begitu, dia berada di senarai sekadar untuk tokenism ataupun nyiru dibiarkan menutup bangkai gajah.

No comments: