Share |

Monday, 8 August 2011

Islamist group backs JAIS action

"Kita bersama Hasan walaupun dia orang PAS jika terbukti dakwaannya itu benar," kata ketua wiranya.
VIDEO INSIDE - FMT
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini membuat laporan polis menggesa siasatan dakwaan wujudnya usaha memurtadkan orang Islam dijalankan.

Ketua Wira Perkasa Malaysia Irwan Fahmi Idris membuat laporan itu di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira 2.30 petang tadi.

Irwan dalam laporannya mahu dakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengenai usaha untuk memurtadkan orang Islam secara halus iaitu dengan menawarkan bantuan untuk meringankan beban hidup disiasat dengan segera.

Ini berikutan serbuan Jais terhadap satu majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya 3 Ogos lalu.

Selain itu, beliau juga mahu agar laporan akhbar Harian Metro dalam temubualnya yang melaporkan salah seorang Muslim mendedahkan mereka diberi Bible dalam bahasa Melayu disiasat.

Katanya, sungguhpun Artikel 11(1) memberikan kebebasan beragama, tetapi masih ada batasnya seperti di Selangor wujud Enakmen Agama Bukan Islam 1988.

Dalam enakmen itu menyebut menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang Islam untuk cenderung kepada agama bukan Islam, atau menjadi pengikut atau ahli agama bukan Islam atau meninggalkan atau membelakangi agama Islam.

Gesa bertindak

“Saya amat mengharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur.
“Cukupkah dengan beberapa orang yang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani (Lina Joy) dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pemberita diluar perkarangan IPD Dang Wangi.

Sementara itu, beliau turut mempertahankan pendirian Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr Hasan Ali mengenai serbuan Jais itu.

Katanya, sebagai badan bukan kerajaan (NGO) akan terus menyokong tidak kira parti politik mana pun jika ia menyentuh hal ehwal agama dan kedaulatan Melayu.

“Kita bersama Hasan Ali walaupun dia orang PAS jika terbukti dakwaannya itu benar,” katanya.

Hasan dalam kenyataannya minggu lalu berkata pemeriksaan itu dilakukan selepas Jais memperoleh bukti wujudnya percubaan untuk memurtadkan 12 umat Islam yang menghadiri majlis itu.

No comments: