Share |

Saturday, 16 July 2011

Sistem kastam 'down' 3 jam semalam dan A.Krishnan telah 'diambil'

Pendedahan belian RM 24.4 j yang dikaitkan dengan Rosmah mansor kali pertama telah didedahkan pada malam sebelum BERSIH 2


Tidak pasti adakah kerana pendedahan malam itu, hotel yang menempatkan adik beradik SAMM telah diserbu secara luar biasa dan hampir semua bilik diketuk untuk mencari che'GuBard.

Sebaik sahaja pendedahan malam tersebut sebahagian dari bukti yang diperolehi telah di up load ke dalam blog ini. Maka serentak dengan itu beberapa blog termasuk Raja Petra telah sama menghangatkan isu ini.

Pembela "Rosmah' juga muncul untuk membela tanpa mengetahui kedudukan sebenar. Antara hujah mereka ialah gambar screen komputer tersebut palsu, tidak masuk akal cincin belian RM 24.4 j, nama A. Krishnan dengan jawatan Declaration Operation manager tidak wujud dalam jawatan kastam dan perbagai lagi hujah yang semakin memperlihatkan mereka lemas. Ada pula yang mencabar untuk che'GuBard menyebut terus nama ROSMAH MANSOR dan tampil membuat laporan jika ini benar.

Bagi che'GuBard biarlah mereka ini ingin menunjuk hero dan tidak perlu dilayan kerana
berdasarkan hujah mereka jelas tidak memahami lansung kes tersebut. Terima kasih kepada blogger seperti tulang besi dan milosuam menjawab dengan fakta dan akal.

Pada 13 Julai 2011, ditemani teman - teman SAMM di Pulau Pinang serta wakil DPP P.Pinang dan wakil AMK P.Pinang che'GuBard telah tampil bagi mewakili SAMM untuk membuat satu laporan SPRM di Pejabat SPRM P.Pinang, dan menyerahkan beberapa bukti yang telah disiarkan dan belum didedahkan kepada SPRM.

Secara terus terang che'GuBard maklumkan bukti yang diserahkan itu masih sebahagian dan ada yang masih disimpan. Ini kerana untuk melihat sejauh mana SPRM berani bergerak untuk melakukan siasatan dan mengumumkan hasil siasatan.

Kedua untuk mencabar jika berani Imelda Rosmah sendiri tampil untuk membuat penafian jika dia berani.

Ketika mencari gambar Imelda Rosmah untuk dipadankan dengan belian yang dimaksudkan che'Gubard menjumpai gambar dia menggayakan perbagai perhiasan yang amat mahal.

Antaranya ialah gelang tangan yang juga dibeli dari Jacob & co syarikat pengeluar cincin belian yang bernilai RM 24.4 j tersebut.


Sepasang gelang bertatah 3,424 belian menurut sebuah agensi berita FMT yang berkomunikasi dengan syarikat pengeluar yang berpengkalan di New York bernilai USD540,00 bersamaam RM1.65j.

Menurut maklumat yang diperolehi A.Krishnan, Pegawai di syarikat Aerocianic yang namanya tertera dalam sistem kastam telah 'diambil' pihak SPRM pada petang dua hari lepas dan hanya dilepaskan menjelang jam hampir 3 pagi. Siasatan nampaknya berat menjurus kepada bagaimana cincin belian itu masuk dengan cukai '0'.

Sistem kastam pula telah 'down' hampir tiga jam semalam dan sistem kastam tidak lagi boleh diakses secara mudah dari syarikat-syarikat agen pengurusan penghantaran seperti biasa.

Satu sumber yang lain pula menyatakan terdapat usaha memadamkan data tersebut dari sistem kastam dan hasil penelitian SPRm menyatakan semua data dan bukti yang diserahkan cukup untuk membuktikan bahawa 'transaksi' membawa masuk belian RM 24.4 j itu betul berlaku. Persoalanya kini bukan sekadar cukai '0' tetapi rakyat perlu sedar bagaimana mewahnya imelda ini ketika kebanyakan rakyat sedang mengira wang syillling untuk mendapatkan keperluan harian.

Terbaru : makluman dari kawasan kargo KLIA sistem komputer kastam telah ditutup dari boleh diakses oleh agen-agen pengurusan penghantaran barangan. Ramai pekerja agen-agen penghantaran mula merungut kerana prosedur yang sepatutnya mudah menjadi susah hanya kerana untuk melindungi Imelda Rosmah.

No comments: