JUMPA POPE BENEDICT XVI: PENGANUT KATOLIK SOKONG BN?
Dewan
Pemuda PAS Pusat (Malaysia) terpanggil mengulas pertemuan Perdana
Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan Pope
Benedict XVI yang jelas membuktikan tindakan terdesak Barisan Nasional
(BN) untuk meraih sokongan penganut Katolik di Malaysia kerana dilihat
di dalam masa yang sama, rombongan turut membawa juga seorang pemimpin
Katolik Malaysia Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam ke Vatican
sempena lawatan Perdana Menteri di sana. Bagi kami, tindakan tersebut
jelas sepertimana dahulu juga ketika Perdana Menteri turut membuat
lawatan ke Negara India dan China bagi tujuan meraih psikologi pengundi
berbangsa India dan Cina di Malaysia menjelangnya Pilihanraya.
Juga suatu
ketika dahulu, usaha Dato’ Seri Najib untuk membawa Sheikh Yusuf
al-Qaradawi ke Malaysia kurang berkesan bagi tujuan yang sama untuk
membina pengaruh umat Islam terhadap pemerintahan BN ketika itu. Bagi
kami usaha membawa Ulama-Ulama luar negara untuk membela perbuatan Dato’
Seri Najib dan BN juga gagal. Kami melihat Dato’ Seri Najib terpaksa
pergi membuat lawatan ke negara-negara maju seperti Negara Amerika,
Britain dan negara-negara lain untuk menerangkan keadaan sebenar dari
terus dikritik oleh negara maju yang ada yang mengecam Malaysia dalam
krisis politik yang semangkin buruk selepas Perhimpunan Gabungan
Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai yang lalu.
Bagi
mengekalkan kuasa pemerintahan BN, Dato’ Seri Najib dipaksa bergerak
keseluruh dunia bagi membuktikan BN masih mampu kekal memerintah. Dan
tindakannya juga bertemu dengan tokoh Agama adalah langkah bagi
memberikan keyakinan dan psikologi bagi membina sokongan terhadap BN
menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 yang semangkin hampir
berikutan kebangkitan rakyat pelbagai kaum dan Agama baru-baru ini yang
menuntut satu sistem Pilihanraya di Malaysia yang telus dan terbaik.
Kami juga melihat, Dato’ Seri Najib tidak layak untuk bercakap soal
perpaduan dan Agama dengan Pope Benedict kerana pada hakikatnya
beliaulah yang bertanggungjawap dalam perpecahan yang berlaku di
Malaysia sekarang.
RAJA AHMAD AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.
No comments:
Post a Comment