SHAH
ALAM 22 JULAI : Peguam dari Perancis, Wiliam Bourdon yang mendedahkan
skandal pembelian kapal selam Scorpene, akan dihantar pulang ke
negaranya setelah ditahan Pegawai Imegresen di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.
Bagaimanapun, tiada sebarang alasan diberikan oleh pihak imegresen terhadap tindakan menghantar pulang peguam tersebut.
Peguam
Hak Asasi, Latheefa Koya ketika dihubungi Tv Selangor berkata, tindakan
tanpa sebab itu menunjukkan kerajaan pemerintah takut dengan pendedahan
yang dibuat Bourdon dan menguatkan lagi spekulasi yang timbul selama
ini.
"Tindakan ini nampak sangat menunjukkan
pihak kerajaan BN ini takut. Sebab apa yang mereka takut, kami rasa
pendedahan dalam kes pembelian Scorpene dan kes melibatkan
penyalahgunaan kewangan dan sebagainya. Dan besar kemungkinan kerana
kaitan dengan isu pembunuhan Altantuya," katanya.
Latheefa
mengutuk tindakan kerjaan yang menyalahguna kuasa yang ada dengan
menahan dan menghantar Bourdan pulang ke negaranya, semata- mata mahu
menghalang peguam hak asasi Perancis itu daripada mengetengahkan
pelbagai penemuannya bersabit kes itu.
"Kita
tidak faham kenapa mereka perlu sebegitu rupa. Sedangkan apa yang
dilakukan ini adalah secara sah. Tiada isu yang bolehkan beliau dihantar
pulang begitu sahaja. Beliau masuk ke Malaysia dengan pasport, dengan
notis dan sebagainya," kata Latheefa.
Bourdon merupakan peguam yang dilantik Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), untuk memfailkan kes itu ke mahkamah terbuka di Perancis.
Dalam
pada itu Sekretariat SUARAM, Fadiah Nadwa Fikri memberitahu, Buordon
dijadualkan membuat lawatan ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dalam
rangka mendedahkan penemuannya berhubung skandal pembelian kapal selam
tersebut, selain menghadiri majlis makan malam anjuran SUARAM bagi
mengutip dana untuk menampung kos guaman di Perancis kelak.
Semalam
Buordon sempat berucap di Bayan Baru, Pulau Pinang dan malam ini pula,
beliau sepatutnya menjayakan majlis yang sama di Petaling Jaya.
Fadiah
berkata, meskipun Buordon dihantar pulang malam ini ke negara asalnya,
majlis makan malan mengumpul dana itu tetap akan diteruskan.
"Kita akan teruskan dengan program malam ini, tiada pembatalan dan kita tetap akan teruskan juga," katanya.
Fadiah
juga membidas sikap pegawai imegresen yang memaksa buordon
menandatangani pelbagai dokumen berbahasa Melayu termasuk dokumen
persetujuan penahanan selama tiga hari.
Namun setelah dibantah, penahanan itu dibatalkan.
"Apa
yang terjadi keatas William Bourdon ini jelas suatu tidak munasabah dan
diluar batas undang-undang kerana tiada langsung alasan yang diberikan
kenapa beliau ditahan, ini juga secara tidak langsung mengambarkan
kerajaan Malaysia begitu takut dan ada sesuatu yang ingin
disembunyikan," katanya.
Pembelian kapal selam
Scorpene buatan Perancis itu dikatakan dicemari dengan penyelewengan
yang melibatkan jumlah komisyen RM540 juta ringgit kepada Syarikat
Perimekar Sdn Bhd.
Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda.
Syarikat
itu didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai
kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada
2002.
Isu pembelian kapal selam ini juga dikaitkan dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Sharibbu.
Bourdon sebelum ini berkata, di Perancis apa- apa transaksi melibat komisyen dianggap perbuatan jenayah.
Semalam
Bourdon memperincikan jumlah komisen yang diperolehi daripada jumlah
RM7.3 bilion nilai kapal selam Scorpene akan didedahkan apabila perkara
tersebut dibangkitkan di perbicaraaan rasuah terhadap DCNS di Perancis
nanti.
Bercakap pada majlis makan malam di
Penang semalam, Bourdon berkata kes berkenaan akan turut mendedahkan
maklumat terperinci mengenai pertemuan sulit melibatkan beberapa
individu.
Beliau berkata dirinya dan pasukannya
dari Sherpa, sebuah badan bukan kerajaan bertekad untuk mendedahkah
maklumat tersebut bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat kebenaran dan
keadilan. - TVSNEWS
No comments:
Post a Comment