 
 
 Penyokong
 Perkasa membakar poster Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga di pekarangan
 Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur petang tadi. — Foto oleh Jack Ooi
(The
 Malaysian Insider) — Perkasa bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) 
hari ini melancarkan “perang” terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan 
membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)
 Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar 
jangan keluar pada 9 Julai ini kerana “apa sahaja boleh berlaku.” 
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali 
menegaskan perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan
 diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden
 tidak diingini.
“Cuba
 bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak 
dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.
“Ya,
 apa sahaja boleh berlaku. Dan saya minta agar polis mengambil apa 
sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak,” katanya pada 
pelancaran perhimpunan Gerak Aman di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru
 di sini.
Bersih
 bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan 
Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan 
himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.
PAS
 telah berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta untuk menyokong 
perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan
 pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama 
lagi.
 Dalam ucapan di hadapan 
penyokongnya termasuk kalangan Cina dan India, Ibrahim berkata Himpunan 
Bersih 2.0 diadakan kerana gerakan itu mempunyai agenda untuk 
menumbangkan kerajaan sedia ada dengan mengambil inspirasi daripada apa 
yang berlaku di Timur Tengah. 
“Kita
 tahu tujuan mereka turun ke jalanan, kumpulan ini mahu menimbulkan 
huru-hara dalam negara, kalau dulu peristiwa 13 Mei (1969) negara 
diisytiharkan darurat dan Tun Abdul Razak (Hussein) dilantik sebagai 
ketua negara sementara dan jika ia berlaku nanti adakah perkara sama 
akan berlaku?
“Sebab
 itu kita tidak boleh berdiam diri, kita tahu orang Cina mengutamakan 
perniagaan... kita tidak mahu himpunan 9 Julai yang mereka buat ini 
menunjukkan mereka dapat restu daripada rakyat, kita bertegas dalam 
perkara ini dan kita bukan mahu melakukan provokasi,” katanya.
Malah dalam ucapan pelancaran, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mendakwa Ambiga sebagai ejen Yahudi.
“Kita tentang Ambiga bukan sebab dia India tapi sebab dia jahat, Melayu jahat pun ada... Melayu yang jahat juga kita marah.
“Siapa Ambiga? Saya percaya dia adalah ejen Yahudi... siapa dia puan guru Ambiga ini,” katanya.
Selain
 mengecam penganjuran himpunan Bersih 2.0, turut diedarkan risalah yang 
berbentuk serangan peribadi terhadap Ambiga dengan perkataan “Awas!!! 
Ambiga, wanita Hindu yang merbahaya.
“Kita
 sedang berhadapan dengan seorang wanita Hindu bernama Datuk Ambiga 
Sreevanesan (cehh... anti Islam ini pun boleh dapat Datuk) yang sangat 
anti kepada Melayu dan Islam yang akan mengetuai perhimpunan Bersih yang
 kotor sebenarnya.

Penyokong Perkasa mengambil bahagian dalam majlis pelancaran Gerakan Aman 9 Julai di Kuala Lumpur hari ini. — Foto oleh Jack Ooi
“Wanita
 Hindu ini adalah pembela kepada kes Lina Joy yang ingin murtad. Beliau 
selalu membabitkan diri dalam isu-isu murtad kalangan orang Islam, malah
 beliau semasa menjadi presiden Majlis Peguam sangat agresif menyerang 
kerajaan BN (Barisan Nasional) kerana diterajui oleh orang Melayu,” kata
 risalah itu. 
Kata Ibrahim, pihaknya akan menggerakkan 20 bas dari setiap negeri pada 9 Julai ini untuk membantah Himpunan Bersih 2.0.
“Percayalah
 hanya segelintir orang Cina dan India akan sertai Himpunan Bersih 2.0 
itu nanti, yang ramai ialah orang-orang Melayu... agenda himpunan ini 
bukan hendak menuntut satu pilihan raya yang bersih tapi agenda utama 
untuk menghuru-harakan negara seperti mana yang berlaku di Mesir, 
Tunisia, Libya dan beberapa negara lain.
“Mereka
 kata pilihan raya tidak adil tapi pada 2008 mereka tawan empat negeri, 
menang 82 kerusi Parlimen, kalau mereka kata ini tidak adil saya cabar 
mereka letak jawatan masing-masing dan kita adakan semula pilihan raya,”
 katanya.
Selain Perkasa dan Bersih, Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan pada hari tersebut.
Tegas
 Ibrahim, himpunan anti-Bersih tidak akan bergabung dengan Pemuda Umno 
sambil berkata “tidak mahu digelar sebagai himpunan parti politik.”
“Kita tidak akan bergabung dengan Pemuda Umno, kita ini adalah NGO bukan parti politik dan kita mahu bergerak atas tiket NGO.
“Ini
 keputusan kita, kita hanya bergerak atas NGO bukan parti politik,” 
katanya sambil menambah tindakan Bersih turun ke jalanan bukan kebebasan
 bersuara yang sebenar.
Turut
 hadir dalam pelancaran itu Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Datuk 
Zulkefli Noordin dan bekas timbalan menteri penerangan Datuk Khalid 
Yunus.
Ditanya
 soal permit, Ibrahim menegaskan jika Himpunan Bersih 2.0 diadakan tanpa
 permit, maka pihaknya juga akan berhimpun tanpa permit.
“Jika
 Bersih tidak memohon permit kita juga akan lakukan perkara sama, kalau 
Bersih mempunyai permit kita juga akan mohon permit,” katanya.
 
 
No comments:
Post a Comment