Tujuh kawasan perkampungan yang didiami kira-kira 1,000 penduduk orang Asli dtidak mendapat kemudahanan jalan raya, bekalan air dan tenaga elektrik.
PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mendakwa kerajaan negeri Perak gagal membela nasib masyarakat orang Asli apabila tiada kemudahan asas di Pos Perwor.
Tujuh kawasan perkampungan yang didiami kira-kira 1,000 penduduk orang Asli di sini masih tidak mendapat kemudahanan jalan raya, bekalan air dan tenaga elektrik walaupun sudah 20 tahun tinggal di kampung itu.
DPPN Pk yang kesal dengan keadaan ini mendakwa ia berpunca daripada kerajaan negeri tidak mengikut lunas-lunas sistem demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan sehingga menyebabkan rakyat terabai.
“DPPN Pk juga merasa sangsi malah kesal terhadap masalah yang bertimpa-timpa datang kepada rakyat tanpa jalan penyelesaian yang cekap oleh pihak kerajaan lantas masalah mereka terpaksa ditanggung sendiri,” kata Ketua DPPN Pk Zawawi Hassan dalam satu kenyataan hari ini.
Kuasa rakyat
Zawawi berkata, mengikut pilihanraya umum lalu, Barisan Nasional (BN) Perak bukanlah pemegang tampuk pemerintahan yang sah.
Namun peralihan kuasa pada tahun 2009 berlaku apabila pemerintahan Perak di bawah Pakatan Rakyat ‘dirampas’ BN dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dijadikan sebagai Menteri Besar yang baru.
“Tetapi sebenarnya kuasa rakyat adalah bukti kedaulatan sesebuah pemerintahan. Sekarang sistem demokrasi telah dicabul dengan tidak bermaruah oleh BN dan rakyat yang terpaksa menanggung penderitaan.
“Rukun negara hanya tinggal rukun semata-mata dan tindakan Umno-BN sebagai pemerintah hanya mementingkan kuasa dan kroni mereka sahaja dan bukan berteraskan kebajikan yang sebenarnya,” katanya.

No comments:
Post a Comment