Katanya, tindakan DAP itu hanya untuk mengabui orang Melayu kerana hakikat sebenarnya ia adalah sebuah parti cauvinis yang tidak pernah memperjuangkan nasib orang Melayu.
MUAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan orang Melayu supaya tidak terpedaya dengan helah DAP yang didakwa bercadang meletakkan calon-calonnya di kalangan orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, tindakan DAP itu hanya untuk mengabui orang Melayu kerana hakikat sebenarnya ia adalah sebuah parti cauvinis yang tidak pernah memperjuangkan nasib orang Melayu.
“Saya hendak ingatkan orang Melayu, inilah parti (DAP) yang paling cauvinis. Dia berkata dia berjuang untuk Malaysian Malaysia tetapi sejarah perjuangan DAP dari dulu hingga sekarang saya tahu terlalu cauvinistik,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan penduduk Kampung Tulang Gajah, Lenga, Pagoh dan menerima borang keanggotaan Umno daripada penduduk Orang Asli Kampung Sentosa.
Calon Melayu
Muhyiddin mengulas kenyataan Menteri Pertahanan dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini yang mengatakan DAP berhasrat untuk meletakkan calon Melayu pada pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan oleh DAP itu hanya merupakan satu taktik untuk menarik sokongan orang Melayu walaupun parti itu tidak pernah meletakkan calon Melayu sebelum ini.
Parti DAP sebelum ini, menurutnya, hanya mahu mengabui mata orang Melayu untuk menunjukkan bahawa ia merupakan sebuah parti yang berjuang untuk semua kaum, sedangkan hakikatnya tidak sedemikian.
“(Orang) Melayu kena sedar, jangan dipecahbelahkan hanya kerana ada pihak yang kata mereka berjuang untuk orang Melayu. Kita tidak pernah dengar DAP memperjuangkan (hak orang) Melayu, malah mereka hanya mempertikaikan (dasar membantu orang Melayu),” katanya.
Makoriti pengundi Cina
Menurutnya, DAP yang hanya bertanding di kawasan yang majoriti pengundinya adalah daripada kaum Cina, tidak pernah bersetuju dengan dasar membantu orang Melayu yang dianggap oleh parti pembangkang itu sebagai perkauman.
“Saya fikir DAP adalah sebuah parti perkauman berbanding parti-parti lain, ada rekod dan sejarahnya, memang begitulah,” kata Muhyiddin sambil menambah, DAP mempunyai perjuangan yang sempit.
Muhyiddin berkata sejarah telah membuktikan bahawa DAP tidak pernah memperjuangkan nasib semua kaum berbanding Barisan Nasional (BN) yang telah lama memperjuangkannya.
“Jangan terpedaya dengan helah DAP,” katanya.
Pilihan raya umum
Mengenai persediaan Umno untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang pula, Timbalan Presiden parti itu berkata, soal perpaduan merupakan isu paling utama yang perlu dititikberatkan oleh anggota dan pemimpin.
Cabaran pada pilihan raya akan datang itu dijangka agak sengit dan cabaran daripada parti-parti pembangkang adalah jauh lebih sengit berikutan rancangan mereka untuk mengambilalih Putrajaya, katanya.
Sehubungan dengan itu, beliau meminta sebarang permasalahan di peringkat bahagian diselesaikan dan meminta campur tangan positif daripada Pengerusi Badan Perhubungan bagi membantu menyelesaikannya.
- Bernama

No comments:
Post a Comment