Berita Harian
Oleh Wan Faizal Ismayatim
Oleh Wan Faizal Ismayatim
Polis terus kumpul bukti kematian pegawai kastam
KUALA LUMPUR: Polis sedang meneliti beberapa bahan bukti yang dipercayai dapat memberi petunjuk baru bagi merungkai misteri kematian pegawai kastam, Ahmad Sarbani Mohamed, termasuk kandungan telefon bimbitnya.
Telefon bimbit milik Allahyarham itu adalah antara bahan bukti yang disiasat Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Selain telefon bimbit, polis juga sedang menjalankan analisa terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dirampas di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan.
Polis juga dijangka memanggil beberapa lagi individu yang dipercayai dapat membantu siasatan yang dijalankan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata polis menemui petunjuk baru setiap hari hasil percakapan yang dirakamkan daripada beberapa individu selain pemeriksaan dan siasatan oleh Unit Forensik PDRM di tempat kejadian.
Beliau memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara terperinci dan dilengkapkan secepat mungkin, tetapi tidak mahu menetapkan tempohnya sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Peguam Negara.
“Setiap hari ada perkembangan yang signifikan dan ada petunjuk. Semua itu kita buat analisa dan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya segera kerana kes ini mendapat perhatian ramai,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, semalam.
Dalam kejadian Rabu lalu, Ahmad Sarbani, 56, Penolong Pengarah Cawangan Import, Eksport dan Kawalan Sempadan KDRM Selangor ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan.
Kelmarin, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, dilaporkan berkata pihaknya sudah merakamkan percakapan 16 individu termasuk pegawai SPRM, kakitangan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan ahli keluarga Ahmad Sarbani bagi membantu siasatan.

No comments:
Post a Comment