Polis sahkan kes kematian pegawai kanan kastam di bangunan SPRM tiada unsur jenayah
(Berita Harian) -- Misteri kematian Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane, pada 6 April lalu terjawab selepas polis mengesahkan kes itu tiada unsur jenayah.
Berikutan itu, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut berdasarkan siasatan dan hasil ujian makmal yang dilakukan polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan Jabatan Kimia.
Keputusan itu diperoleh selepas Pasukan Khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah yang ditubuhkan sejurus kejadian berlaku, melengkapkan kertas siasatan untuk dihantar ke Pejabat Peguam Negara minggu depan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata hasil siasatan membuktikan tiada sebarang unsur jenayah dalam kematian Ahmad Sarbani dan keputusan itu dijangka mampu membantu Pejabat Peguam Negara membuat keputusan atau menubuhkan suruhanjaya khas jika keadaan memerlukan.
Zulkifli berkata, hasil laporan makmal menunjukkan Sarbani maut kerana kecederaan serius pada kepala selepas terjatuh dari tempat tinggi.
“Selepas menjalankan siasatan secara mendalam, kami membuat kesimpulan mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut. Saya berpuas hati dengan kertas siasatan yang dilakukan itu dan tidak perlulah saya mengulas lanjut kerana yakin semua pihak akan faham berhubung kes ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Kor Kadet Polis ke-41 di Astaka, Titiwangsa, di sini semalam.
Ahmad Sarbani ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan pejabat SPRM itu selepas dilaporkan pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.
Zulkifli berkata, pasukan penyiasat khas itu juga sudah mengenal pasti punca serta bagaimana kejadian itu berlaku bagi menghentikan pelbagai spekulasi yang timbul berhubung kematian pegawai kanan cawangan import eksport itu.
Mengulas tindakan lakonan semula kejadian itu, Zulkifli berkata, ia dilakukan bagi membantu polis mencari jawapan bagaimana mangsa terjatuh dari tingkat 3, bilik pantry bangunan SPRM itu.
Sepanjang siasatan dijalankan juga, pasukan khas (PDRM) juga sudah memanggil 48 individu termasuk pegawai SPRM dan keluarga mangsa untuk dirakam percakapan.
Terdahulu pada majlis yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur Mohd Adenan Deraman, Zulkifli berkata, kor kadet polis menjadi pemangkin kepada remaja untuk tidak membabitkan diri dalam salah laku pelajar, masalah disiplin dan jenayah ketika meningkat dewasa.
“Kalau hendak kekalkan disiplin remaja, pembabitan diri dalam kor kadet polis dan unit beruniform lain dapat membantu mereka membentuk sahsiah diri yang baik. Jadi ketika dewasa mereka tidak terjebak kepada masalah sosial," katanya.
Beliau berkata, statistik jenayah indeks turun 10 peratus bagi tahun ini berbanding tahun lalu dan jenayah jalanan pula turun 21 peratus bagi tempoh yang sama.
Sementara itu, Mohd Adenan berkata, cabaran bagi pelajar di kawasan bandaraya sangat tinggi dari segi pembentukan sahsiah diri dan disiplin. Pembabitan dalam aktiviti kokurikulum dapat mendidik mereka menjadi pelajar berdisiplin.

No comments:
Post a Comment