Ramai yang tidak tahu topik perbincangan tetapi mahu tampil sebagai wira dan memberikan reaksi.
COMMENT
Hidup memang ceria apabila kita dikelilingi pelbagai golongan manusia. Tuhan memang menciptakan kita berbeza-beza dan hakikat itu wajib diakui; tanpa mengira kaum dan agama.
Atas dasar itulah juga saya sentiasa terus bersabar apabila terpaksa “berhadapan” dengan pelbagai kerenah dan karenah yang dibawakan pelbagai lapisan manusia.
Terbaru, dalam perbincangan berkaitan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa milik seluruh Bangsa Malaysia – sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa ilmu, bahasa komunikasi dan bahasa perpaduan di negara bertuah ini.
Bagi membantu pemahaman manusia yang “pelbagai” dari segi tahap pemahaman dan penguasaan bahasa kebangsaan, elok saya berikan ringkasan kisah yang berlaku mengikut kronologi.
[Sila maklum juga bahawa seseorang yang dilahirkan dalam kaum tertentu dan bahasa ibundanya adalah bahasa tertentu, tidak bermakna individu itu secara automatik mempunyai tahap pemahaman dan penguasaan tinggi dalam bahasa itu.]
Pada 31 Mac 2011, nampaknya akhbar Makkal Osai menyiarkan satu berita mengenai “Kamus Dewan mengandungi perkataan yang menyinggung perasaan kaum India”.
Saya bukan pembaca setia akhbar Tamil itu dan tidak juga berpeluang membaca berita berkenaan yang khabarnya disiarkan pada 31 Mac.
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) hanya mendapat maklumat mengenai perkara itu apabila dimaklumkan oleh seorang “rakan” di Facebook baru-baru ini mengenai jawapan yang diberikan oleh Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran Malaysia di portal rasmi kementerian berkenaan.
Bahagian yang memberikan kejutan terbesar kepada Kavyan adalah seperti berikut:
“Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka disusun berasaskan perkataan-perkataan yang digunakan oleh pengguna bahasa Melayu [sic], termasuklah perkataan-perkataan yang bersumberkan bahasa-bahasa lain seperti bahasa sukuan atau etnik, bahasa Inggeris, China [sic], Sanskrit, Tamil, Belanda, Arab dan sebagainya”.
“Sehubungan dengan perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu [sic] yang terdapat dalam kamus-kamus bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, ia hendaklah dilihat dari kaca mata bangsa Melayu, dan bukan dari kaca mata bangsa lain. … Setiap bangsa [sic] di Malaysia mesti menerima hakikat bahawa kamus bahasa Melayu mencerminkan bahasa, adat dan budaya Melayu.”
Lalu, Kavyan mengeluarkan kenyataan rasmi di blog www.kavyan.blogspot.com pada 17 April 2011 kerana kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh kementerian berkenaan.
Kavyan sedikit pun tidak berniat serta tidak berminat mahu masuk campur dalam soal apakah perkataan-perkataan yang dikatakan “menyinggung perasaan masyarakat India” dalam isu berkaitan berita yang disiarkan di akhbar Makkal Osai pada 31 Mac lalu.
Sebaliknya, seperti yang dinyatakan dalam kenyataan itu yang ditulis menggunakan bahasa yang amat mudah, apa yang mengecewakan Kavyan adalah jawapan yang diberikan oleh Unit Komunikasi Korporat kementerian berkenaan ternyata cuba menafikan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa milik seluruh Bangsa Malaysia. Sebaliknya, “memaksa” orang lain melihat serta menganggap Bahasa Malaysia (bahasa Melayu) sebagai milik kaum tertentu sahaja.
Pada pendapat Kavyan, kerajaan sepatutnya mengambil langkah “merakyatkan” Bahasa Malaysia dan bukannya “menyempitkan” bahasa kebangsaan kepada kaum tertentu. Apatah lagi dalam usaha menggalakkan generasi muda pelbagai kaum menggunakan Bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian.
Kenyataan rasmi Kavyan turut dipetik dalam laporan yang disiarkan di portal berita The Malaysian Insider pada 17 April 2011 dan Kavyan telah mengharapkan reaksi daripada Kementerian Pelajaran bagi “membaiki” keadaan.
Sebaliknya, dalam laporan berita yang disiarkan pada 18 April, Gapena dan Pena tampil menegaskan bahawa “kandungan perkataan dalam Kamus Dewan tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak termasuk Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), pertubuhan mewakili penulis kaum India”.
Tentu sahaja saya amat kecewa – dan amat sedih – membaca reaksi yang agak dangkal seperti itu kerana reaksi yang cuba dikemukakan adalah reaksi terhadap apa yang dilaporkan di akhbar Makkal Osai pada 31 Mac dan bukannya reaksi terhadap kenyataan Kavyan pada 17 April.
Percanggahan pendirian juga amat jelas apabila Gapena mengakui “Bahasa Malaysia kepunyaan bangsa Malaysia … sebagai bahasa kebangsaan seluruh warga negara dan semua orang mempunyai tanggungjawab untuk memperkayakan bahasa itu”.
Dalam laporan yang sama, Pena pula berpendirian: “Apabila bercakap (mengenai) Kamus Dewan dan Bahasa Melayu, semua dilihat dari perspektif Bahasa Melayu”.
Malah, Pena juga dilaporkan berkata, “kenyataan terbaru Kavyan seolah-olah bersifat ugutan dengan tujuan agar perkataan-perkataan yang didakwa menyinggung kaum India digugurkan pula dari Kamus Dewan”.
Presiden persatuan penulis itu turut “menasihatkan Kavyan agar tidak mempertikaikan Kamus Dewan kerana ia akan mencemarkan kedaulatan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara” dan “Saya nasihatkan jangan nak menimbulkan huru-hara, ia nampak seolah-olah mahu menimbulkan ugutan dan hasutan”.
Tentu sahaja saya mengalami perasaan yang berbaur antara kecewa, terkejut, hairan, terkedu, ketawa dan sedih kerana reaksi yang diberikan memberi gambaran seolah-olah masih ada orang yang menghadapi masalah untuk memahami apa yang dinyatakan oleh Kavyan dalam kenyataan media yang hanya menggunakan Bahasa Malaysia yang amat mudah difahami.
Akibat daripada reaksi yang dikemukakan oleh Gapena dan Pena, muncul pula pelbagai reaksi baru di ruang siber daripada pelbagai individu yang kebanyakannya bersembunyi di sebalik identiti yang sukar dikesan.
Membaca reaksi (komen) mereka membuktikan sekurang-kurangnya tiga perkara:
Pertama, mereka hanya membaca berita yang memuatkan reaksi Gapena dan Pena.
Kedua, mereka langsung tidak membaca kenyataan asal Kavyan yang turut disiarkan di portal berita yang sama.
Ketiga, mereka menghadapai masalah memahami Bahasa Malaysia yang paling asas sekali pun.
Akibat manipulasi yang dilakukan pihak tertentu, seorang individu bernama ‘Subari Ahmad’ mengeluarkan kenyataan di rangkaian sosial Facebook: “… hantar saja si dia tu ke ISA kerana cuba menggugat ketenteraman rakyat”.
Rakannya yang bernama ‘Wan Asyeah Wan Nawang’ pula menyatakan sokongan: ‘Sudah naik tocang rupanya dia. Elok juga dikenakan ISA. Ini negara kita MALAYSIA bukan INDISIA”.
Nampaknya, sesiapa yang memperjuangkan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa ilmu, bahasa komunikasi dan bahasa perpaduan di negara bertuah ini akan dikenakan tindakan ISA di negara bertuah ini!
Tidak perlulah saya mengulangi di sini beberapa lagi kenyataan dangkal yang dikeluarkan oleh beberapa “pakar” dari beberapa universiti tempatan yang ternyata tidak tahu hujung pangkal topik sebenar yang diperkatakan oleh Kavyan.
Saya dan Kavyan bercakap mengenai kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa milik seluruh Bangsa Malaysia, tetapi terlalu banyak “tin kosong” yang berbunyi sesuka hati; bagaikan “anjing geladak”.
Terbukti bahawa perjuangan mengangkat maruah, kedudukan dan martabat Bahasa Malaysia di negara bertuah ini bukan suatu tugas yang mudah.
Khususnya apabila penguasaan bahasa anda lebih baik daripada kelompok tertentu yang ternyata tidak mampu memahami kenyataan media yang ditulis menggunakan bahasa yang amat mudah difahami.
Sementara itu, Kavyan yang diasaskan pada Ogos 1999 akan terus mengangkat Bahasa Malaysia sebagai bahasa milik seluruh Bangsa Malaysia.
Dirgahayu Bahasa Malaysia!
Uthaya Sankar SB adalah pejuang Bahasa Malaysia dan presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan). Makna “anjing geladak” yang digunakan dalam tulisan di atas boleh dirujuk di Kamus Dewan atau Kamus Pelajar Bahasa Malaysia.

No comments:
Post a Comment