Share |

Monday, 7 March 2011

Undi majoriti BN meningkat, petanda kejatuhan pembangkang

Kemenangan itu satu petanda adalah memberangsangkan malah majoriti undi diterima BN adalah seperti yang dijangka.

MERLIMAU: Kemenangan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau (Melaka) dan Kerdau (Pahang) disifatkan sebagai kejayaan cemerlang dan ia isyarat jelas bahawa pengundi kini menolak perjuangan pembangkang.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kemenangan itu satu petanda memberangsangkan malah majoriti undi diterima BN adalah seperti yang dijangka.

Muhyiddin berkata kemenangan itu disebabkan sokongan rakyat terhadap BN tidak berbelah bahagi.

Malah katanya faktor jelas kemenangan BN disebabkan pengundi Melayu tidak melihat PAS memperjuangkan nasib mereka tetapi lebih kepada perjuangan parti.

‘Feel good factor’ dapat diteruskan dan diulang malah momentum kemenangan ini dapat ditingkatkan lagi.

“Ini satu lagi petanda yang memberansangkan terutama kejayaan kedua-dua pilihan raya di Merlimau dan Kerdau dengan peningkatan majoriti mengatasi pilihan raya lalu.

“Kemenangan ini signifikan kerana apa yang diperjuangkan PAS ditolak rakyat termasuk perkara-perkara membabitkan perjuangan rakyat, konsep negara Islam dan tohmahan yang dilemparkan,”katanya dalam sidang media di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau sebentar tadi.

Katanya, undi BN di kawasan Melayu menggalakkan termasuklah undi kaum India.

Undi kaum Cina katanya wujud peningkatan walaupun tidak sebesar undi Melayu.

Calon yang berwibawa

Mengenai kriteria calon BN pada pilihan raya akan datang, beliau berkata calon yang berwibawa serta bersih daripada skandal akan menjadi keutamaan.

“Calon muda menjadi salah satu faktor kemenangan. Kami akan letakkan calon yang sesuai untuk meningkatkan sokongan pengundi.

Kita ambil semua perkembangan dan ia jadi pendorong untuk kita bekerja lebih keras,” katanya yang juga Naib Presiden Umno.

Di Merlimau, BN memperoleh 5,962 undi manakala PAS 2,319 undi dengan undi majoriti 3,643 undi.

Manakala di Kerdau, BN memperolehi undi majoriti 2,727. BN memperoleh 5,060 manakala PAS 2,336 undi.

Sementara itu, Roslan Ahmad pula pula berkata beliau berikrar untuk menjadi wakil rakyat yang terbaik.

“Saya berikrar akan berkhidmat sebaik mungkin selaras dengan hasrat Ketua Menteri agar Melaka negeri maju.

“Saya akan berkhidmat dengan baik dan berterima kasih kepada seluruhjentera parti daripada seluruh Malaysia dan saya akan bantu pastikan BN mendapat kejayaan cemerlang,” katanya.

Turut hadir Menteri Besar Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam , Presiden Parti Progresif Penduduk(PPP), Datuk M Kayveas dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi.

No comments: