Share |

Sunday 6 March 2011

PRK Merlimau: PAS eksploitasi kanak-kanak

Adik-beradik terbabit ditemui memegang bendera PAS dan sepanduk bertulis "Pemimpin Bela Kroni".
MERLIMAU: Kehangatan suasana hari mengundi pada pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri Merlimau, Melaka hari ini dicemari insiden kurang enak apabila PAS didakwa mengeksploitasi kanak-kanak bawah umur untuk meraih undi.

Kanak-kanak terbabit yang merupakan adik-beradik dan seorangn kenalannya ditemui di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Merlimau bagi peti undi Pengkalan Samak.

FMT bertemu adik-beradik terbabit di tepi jalan berdekatan pusat pengundian dan sedang memegang bendera PAS dan juga sepanduk bertulis “Pemimpin Bela Kroni”.

Menurut Mohd Fahmi Asri, 10, mereka berada di situ kerana mengikut ayah yang sedang bertugas. Difahamkan ayah beliau merupakan petugas PAS untuk meraih undi di kawasan itu.

Dua beradiknya yang lain dikenali sebagai Mohd Fahim Asri, 11, dan Fatin Farhana Asri, 7 tahun itu datang ke Merlimau seawal 8 pagi bagi mengikuti ayah mereka yang sedang bertugas.

“Kami ikut ayah (Asri) dia sedang bertugas. Kami bukan dari sini kak, kami datang dari Batu Berendam, Melaka.

“Mak tidak datang ada di rumah dengan tiga adik kami yang lain,” kata Fahmi kepada FMT.
Namun penulis yang sedang menjalankan tugas menemubual adik-beradik itu, tiba-tiba didatangi dua lelaki yang mula kelihatan curiga.

Salah seorang daripada lelaki itu difahamkan ialah ayah kepada tiga beradik itu.

Seorang lelaki yang lengkap berpakaian sebagai petugas PAS dan mempunyai logo parti itu mengugut penulis dan akan menyaman akhbar (Sinar Harian?) sekiranya berita itu disiarkan.

Beliau yang menyangka penulis ialah wartawan Sinar Harian kurang senang dengan tindakan penulis yang mengambil gambar dan menemubual kanak-kanak terbabit.

“Kamu dari Sinar ya? Kalau awak siarkan cerita ini, kami akan saman Sinar Harian,” katanya kepada penulis.
Lelaki terbabit turut bertindak melihat tag media penulis, namum tiada kata-kata kesat dikeluarkan.

No comments: