Share |

Monday, 28 February 2011

Kes Aminulrasyid: Anggota polis diperintah bela diri

Hakim membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes 'prima facie' terhadap tertuduh.
SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan anggota polis, Koperal Jenain Subi membela diri atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, pada April tahun lepas.
Hakim Latifah Mohd Tahar berkata beliau membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes ‘prima facie’ terhadap tertuduh.

Jenain, 48, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April tahun lepas di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.
Pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Seramai 39 saksi pendakwaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 12 Okt tahun lepas.
- Bernama

No comments: