Pagi ini beliau telah diminta untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan dibebaskan atad jaminan polis.
SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafie dipercayai bakal didakwa atas Akta Hasutan di Mahkamah Sesyen Isnin depan, berhubung penulisannya di dalam blog yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Pagi tadi, beliau telah diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. Shuhaimi tiba kira-kira 11.10 pagi, ditemani peguam Lateefa Koya, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Adun Sri Andalas Xavier Jayakumar.
Menurut Shuhaimi, beliau dibebaskan atas jaminan lisan oleh polis dengan seorang penjamin.
“Pihak polis menghubungi saya petang semalam untuk hadir ke balai. Saya dipanggil untuk ditangkap namun dibebaskan atas jaminan lisan oleh polis,” katanya yang ditemui media di luar perkarangan balai polis.
Lateefa menjelaskan pertuduhan masih belum jelas namun pihaknya diberitahu bahawa wakil rakyat itu akan didakwa dibawah Sesyen 4 (1) C.
“Kami diberitahu beliau (Shuhami) dituduh dibawah Seksyen 4(1)C. Kita kata pertuduhan ‘oppresive’ iaitu tiada objektif dan subjektif.
“Jika fikir punya ciri menghasut itu cukup untuk membawa pertuduhan di bawah Akta Hasutan,” jelas Lateefa.
Lateefa berkata pihaknya akan menunggu perkembangan pertuduhan pada Isnin ini.
Katanya jaminan lisan diberi polis bagi memastikan Shuhaimi hadir ke mahkamah Isnin ini dan jika gagal penjamin beliau iaitu Abdul Razak Ismail akan dikenakan denda RM2 ribu.
“Kita tunggu 7 Februari ini bagaimana pertuduhan dan lihat berapa jaminan.
“Bagi kami tindakan ini tidak patut dibuat dan akan protes terhadap apa-apa siasatan.
“Jaminan lisan pada hari ini bagi memastikan Shuhaimi hadir. Jika tidak tindakan akan dikenakan ke atas penjamin,” jelasnya.
Shuhaimi bakal didakwa Isnin ini jam 9 pagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Ketika ditanya sama ada akan hadir ke mahkamah Isnin ini beliau berkata “Insyallah akan hadir”.
Pendakwaan terpilih
Berhubung surat mengadap ke atas Sultan, beliau berkata masih tiada perkembangan lanjut berhubung hal itu.
“Setakat ini tiada maklumat terkini memandangkan Sultan tiada. Kita tunggu maklum balas Tuanku terlebih dahulu kerana buat masa ini tiada surat lain yang saya akan hantar,” katanya.
Dalam pada itu, Khalid pula mendakwa tindakan ke atas Shuhaimi disifatkan sebagai berat sebelah.
“Tindakan ke atas beliau seolah-olah pendakwaan yang terpilih. Kenapa beliau menulis ringkas iaitu secara ‘subjective interpretation’ dikenakan tindakan tegas.
“Sedangkan Azmin Ali dalam sidang Dewan Undangan Negeri menjelaskan sejarah sejarah institusi raja diperlekehkan pemimpin Barisan Nasional.
“Disebabkan itu kita minta Tan Sri Abdul Gani Patail sepatutnya bertanggungjawab ke atas parlimen bukan arahan perdana menteri,” katanya.
No comments:
Post a Comment