Semua orang tahu krisis terbesar politik negara yang mengemparkan pada tahun 1998 ialah bermula dengan satu keluarga yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Azmin yang merupakan 'anak angkat' Dr. Mahathir dan Siti Hasmah sebaik sahaja pulang dari belajar dari luar negara dihantar menjadi Setiausaha Sulit, Anwar Ibrahim. Semua tahu bagaimana karisma Anwar dalam 'kekosongan' kepimpinan dalam Umno beliau naik tangga politik begitu laju. Sebagai Setiausaha paling lama Azmin makin dipercayai dan kesempatan ini juga menjadikan keluarga beliau seperti isterinya dan adik beradiknya rapat juga dengan Anwar. Ramai pada ketika itu melihat bagaimana Ummi yang masih bujang kelihatan cuba 'all out' cuba berada 'serapat' mungkin dengan Anwar. Ada juga cakap - cakap yang mungkin dari puak yang tak senang dengan kelajuan pendakian politik Anwar yang menimbulkan fitnah apabila melihat Shamsidar juga rapat dengan Anwar. Namun di sinilah semua ini bermula.
Bermula dari surat Ummi kepada Dr.Mahathir maka konspirasi dilengkapkan. Wajah Ummi, Azwan dan beberapa lagi umpama seleberiti yang menadah 'flash' kamera tiap kali keluar dan masuk media, namun ia menjadi cemuhan rakyat.
Azwan yang terkenal dengan seleberiti mulut celupar juga pada tahun 2004 pernah memanggil kami aktivis SAMM yang menghantar 'memo' ke Abdullah ketika menjadi PM masa itu sebagai Anjing, Syaitan dan banyak lagi kata - kata kesat dan lucah melalui tulisan blognya.
Namun baru - baru ini dia muncul kembali dengan twitter nya yang konon menyerang Ummi pula. Memaki hamun Ummi (sekutunya dulu) sebagai puaka dan lain - lain. Maka tweet tersebut telah menjadi bahan berita beberapa blog pro PR.
Rakyat makin pening melihat permainan keluarga ini. Kepada teman- teman blogger saya nasihatkan abaikan sahajalah benda - benda seperti ini. Ia akan memeningkan rakyat. Ini semua konflik keluarga yang diperguna regim penguasa. Kejap mereka akan begini kejap lagi mereka akan begitu......
Keluarga Azmin memang sentiasa menjadi perhatian dan sasaran fitnah.... terbaru blog - blog Umno menyiarkan gambar sempena hari raya yang lepas kononya dirakamkan di rumah Kampung isteri Azmin yang menjadi kontroversi kononya kereta dibelakang gambar keluarga itu ialah Ferrari yang bernilai jutaan ringgit.
Saya cukup gusar nanti ada pula yang kononnya bangga dengan tweet Azwan terus pula anjur program PR anjur program Azwan Azmin...amboi...amboi...amboi...
lepas itu nanti kita akan dikejutkan semula dengan 'u turn'.... yang terbaik ialah biarkan dan abaikan konflik dari keluarga tersebut. Saya rasa Azmin juga tidak selesa perkara - perkara seperti ini diberi perhatian tak tentu arah.
Paling penting nanti rakyat bosan melihat masalah konflik keluarga menjadi tumpuan gerak kerja kita..... tumpukan masalah harian rakyat.
Sekadar pandangan.

No comments:
Post a Comment