Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 12 Nov. - Tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 boleh diambil terhadap sesiapa yang mempersoalkan mengenai hak bumiputera kerana ia telah termaktub di dalam Perlembagaan negara.
Pakar undang-undang, Profesor Salleh Buang berkata, hak bumiputera Sabah dan Sarawak adalah sama dengan hak orang Melayu dan kerana itu ia tidak boleh dipertikaikan.
"Hak itu tidak boleh dipersoalkan. Kita perlu berlapang dada bagi sebarang pertikaian dalam pelaksanaannya.
"Jika ada pihak yang persoalkan tentang hak itu, maka tindakan boleh diambil oleh pihak berkuasa," jelasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa hak bumiputera Sabah dan Sarawak sudah termaktub dalam Perlembagaan dan tidak boleh dipinda sewenang-wenangnya.
Sementara itu, Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Polisi, Universiti Teknologi Mara, Datuk Prof. Dr. Ramlah Adam berkata, segala hak bumiputera telah tertulis dengan jelas dalam Perlembagaan negara.
Beliau berkata, kerana itu, sebarang pindaan perlu mengikut prosedur yang terpaksa melalui beberapa peringkat.
Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM), Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, kenyataan tegas Muhyiddin semalam adalah tepat dan perlu diingati oleh semua orang.
"Negara ditubuhkan dengan asas yang konkrit melalui Perlembagaan kita. Hak bumiputera yang ada bagi menjamin perpaduan antara kaum, pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan negara.
"Pihak lain diminta agar tidak mempersoalkan hak tersebut. Jangan kerana kepentingan sendiri atau politik, hak ini dipertikaikan," katanya.
Tambah Kamarudin, pihak-pihak tertentu juga diminta tidak menimbulkan salah faham serta rasa tidak selesa orang ramai mengenai hak itu.
"Lebih baik beri tumpuan untuk membangunkan negara dan perpaduan rakyat," jelasnya.
Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, perkara yang termaktub dalam Perlembagaan perlu diikuti oleh seluruh rakyat Malaysia.
"Hak bumiputera tersebut tidak boleh dipertikaikan. Jika dipertikaikan, tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka.
"Perlembagaan perlu dihormati tidak kira kaum dan agama untuk kesejahteraan semua," ujarnya.

No comments:
Post a Comment