Share |

Tuesday, 26 October 2010

Mengekalkan anak muda bebas dan berani

che'GuBard 'chai' mana ? itulah soalan yang sering ditanya dalam musim Pemilihan KEADILAN 2010 ini.

Jawapannya ialah 'kenapa mesti perlu duduk chai mana - mana ke ?'

Ketika dituduh ditaja oleh Zaid dengan ditaja sebanyak RM400k sila klik sini. Mustafa pula hadir dalam sidang media pengumuman kesediaan bertanding ketua AMK bersama gandingan. Semua pening. Kenapa perlu pening kan semuanya sahabat kita, wajah parti ini.

Beberapa hari lepas che'GuBard dihubungi oleh Datuk Zaid sendiri untuk hadir sama dalam ceramahnya di Meru, Kelang. Maka oleh kerana hormati usaha beliau yang hubungi che'GuBard sendiri maka che'GuBard hadir semalam. Itupun ada yang hubungi was - was adakah keputusan untuk hadir itu betul tepat. jawapanya mudah che'GuBard bukan hadir program Umno tetapi program anggota Parti Keadilan Rakyat. Sepanjang program semalam ucapan Datuk zaid pun tidak sedikit menyerang sesiapa beliau fokus dengan agenda memperkasa parti.

Ingat biduk lalu kiambang kita semua bersaing untuk bentuk pasukan terbaik memperkasa parti, jangan ada serangan fitnah dan seumpamanya. Memang ada kelemahan dari segi pemilihan namun samalah kita usaha memperbaikinya dengan hati terbuka.

Ada teman semalam bisik, sekurang kurangnya che'GuBard berani menyatakan pandangan dan hadir secara terbuka, ada orang main dua kolam tapi senyap-senyap. haha rupanya dia pun hadir dan berpayung dengan program Zaid tetapi secara senyap malah bila dibelakang zaid dia kutuk bagai nak rak..... apalah politik kuno ini. Namun percayalah anggota parti bijak.

No comments: