Oleh Jamilah Kamarudin & Fazy Sahir - Free Malaysia Today,
LAPORAN PENUH KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pagi ini membebaskan lima pelajar Universiti Malaya (UM) berhubung kes 'Rosmah Puaka' tanpa membela diri.
Hakim Rozana Ali Yusoff memutuskannya setelah tiada bukti kes prima facie yang menunjukkan lima pelajar itu terbabit dalam kejadian tersebut.
Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli didakwa atas kesalahan menconteng dinding Dewan kuliah utama Akademi Pengajian Islam (API) dengan tulisan 'Rosmah Puaka' 24 Jun tahun lalu.
Kira-kira 100 pelajar Pro-Mahasiswa daripada UM, UKM, UPM, UIA dan UTM hadir disini sejak pagi tadi bagi memberikan sokongan.
Manakala Solidariti Mahasiswa (SMM) menyifatkan kemenangan lima mahasiswa tersebut memberi mesej jelas untuk menghentikan pembodohan dan halangan terhadap mahasiswa.
Menurut pengerusinya Hilman Idham kemenangan ini juga mencalit sejarah buat kelima-lima mahasiswa yang hampir setahun menanggung kesukaran dan masalah ekoran disabitkan dengan pertuduhan tersebut.
"SMM melihat kemenangan ini bukan sahaja membebaskan lima orang mahasiswa daripada kesalahan bahkan juga memberikan mesej jelas bahawa hentikan pembodohan dan halangan terhadap mahasiswa," katanya yang ditemui di luar perkarangan mahkamah hari ini.
Sokongan mahasiswa
Sementara itu, lebih 100 mahasiswa berkumpul seawal 8 pagi sebagai memberi sokongan terhadap kelima-lima mahasiswa terbabit.
Turut kelihatan ahli keluarga mahasiswa yang turut menemani mereka.
"Saya rasa syukur anak saya sudah dibebaskan dan berharap mereka dapat meneruskan pembelajaran dan menjalani kehidupan seperti sedia kala," kata ibu Muhammad Saufi.
Lima mahasiswa terbabit dituduh melakukan jenayah dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.
Namun mereka dibebaskan oleh Mahkmah Sesyen untuk ketiga-tiga pertuduhan terbabit.
Hakim Rozana Ali Yusoff memutuskan tiada bukti keraguan (prima facie) yang menunjukkan lima pelajar terbabit dalam kejadian tersebut.
Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani yang bakal dilalui isteri perdana menteri Rosmah Mansor dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi.
Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.
Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.
Mereka didakwa turut menconteng perkataan "C4", "Bini Puaka", dan "pembunuh Altantuya" didinding API dengan tulisan merah kira-kira 4 pagi, iaitu sebelum kedatangan Rosmah ke universiti itu bagi menghadiri satu majlis rasmi.

No comments:
Post a Comment