Utusan Malaysia
''Kita kata mereka (Orang Asli) suka merayau-rayau dan tidak suka duduk setempat. Macam mana mereka tidak merayau-rayau kalau kita tidak sediakan prasarana tersebut," katanya pada program 1Malaysia di Pos Betau, di sini hari ini.
Menurut Najib, kerajaan akan menyediakan segala keperluan dan prasarana termasuk sumber ekonomi ketika melaksanakan RPS untuk membolehkan mereka hidup seperti masyarakat lain.
Tegasnya, perkhidmatan yang terbaik yang disalurkan kerajaan itu sebagai membalas kesetiaan dan ketaatan Orang Asli yang sentiasa menyokong Barisan Nasional (BN).
Pada majlis itu beliau turut meluluskan peruntukan RM6 juta untuk membina jalan sejauh 15 kilometer dari Pos Betau ke Lenjang dan RM1.6 juta untuk prasarana bekalan elektrik yang meliputi 167 unit rumah Orang Asli di RPS Pantos dekat sini.
KUALA LIPIS 24 Julai - Kerajaan akan terus membina kawasan penempatan Orang Asli secara bersepadu yang dilengkapi dengan prasarana dan kemudahan seperti bekalan air, elektrik, jalan raya dan punca sumber ekonomi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usaha tersebut dilakukan untuk memastikan semua projek yang dilaksanakan untuk Orang Asli mencapai matlamat dan tidak menjadi projek gajah putih.
Sehubungan itu beliau mengarahkan agensi kerajaan yang berkaitan dengan pembangunan Orang Asli melaksanakannya bersungguh-sungguh dan bukan dibuat sambil lewa sahaja.
''Kita tidak boleh memandang rendah kepada masyarakat Orang Asli, contohnya dengan membina rumah melalui rancangan penempatan semula (RPS) tetapi tidak dilengkapi dengan bekalan air, elektrik dan tidak mempunyai punca sumber ekonomi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usaha tersebut dilakukan untuk memastikan semua projek yang dilaksanakan untuk Orang Asli mencapai matlamat dan tidak menjadi projek gajah putih.
Sehubungan itu beliau mengarahkan agensi kerajaan yang berkaitan dengan pembangunan Orang Asli melaksanakannya bersungguh-sungguh dan bukan dibuat sambil lewa sahaja.
''Kita tidak boleh memandang rendah kepada masyarakat Orang Asli, contohnya dengan membina rumah melalui rancangan penempatan semula (RPS) tetapi tidak dilengkapi dengan bekalan air, elektrik dan tidak mempunyai punca sumber ekonomi.
''Kita kata mereka (Orang Asli) suka merayau-rayau dan tidak suka duduk setempat. Macam mana mereka tidak merayau-rayau kalau kita tidak sediakan prasarana tersebut," katanya pada program 1Malaysia di Pos Betau, di sini hari ini.
Menurut Najib, kerajaan akan menyediakan segala keperluan dan prasarana termasuk sumber ekonomi ketika melaksanakan RPS untuk membolehkan mereka hidup seperti masyarakat lain.
Tegasnya, perkhidmatan yang terbaik yang disalurkan kerajaan itu sebagai membalas kesetiaan dan ketaatan Orang Asli yang sentiasa menyokong Barisan Nasional (BN).
Pada majlis itu beliau turut meluluskan peruntukan RM6 juta untuk membina jalan sejauh 15 kilometer dari Pos Betau ke Lenjang dan RM1.6 juta untuk prasarana bekalan elektrik yang meliputi 167 unit rumah Orang Asli di RPS Pantos dekat sini.
No comments:
Post a Comment