Oleh YB Dr.Dzulkefly Ahmad, MP Kuala Selangor
Saya ditanya oleh pihak media mengapalah FDI begitu penting sangat untuk Malaysia dalam situasi kini, sejurus selepas penglibatan saya dalam Forum Ekonomi Negeri Selangor sempena Majlis Dialog Bejt 2011. Saya cuba rumuskan di sini jawapan tersebut untuk pengetahuan umum.
Benar, mengikut Laporan Pelaburan Dunia (WIR, 2009), yang diterbitkan baru baru ini oleh Perdagangan dan Pelaburan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD) telah mengesahkan bahawa pelaburan asing langsung (FDI) Malaysia merosot 81 peratus kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada 2009 daripada US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada 2008.
Meskipun negara-negara ASEAN juga mengalami penurunan kemasukan FDI, ternyata tidaklah separah Malaysia. Thailand mendapat pelaburan sebanyak US$4.44 atau RM14.24 bilion sementara Indonesia sebanyak US$2.60 billion atau RM8.32 billion sekaligus meletakkan Malasyia, antara negara tercorot sebagai negara pilihan pelaburan pelabur asing langsung bersama dengan Cambodia, Brunei dan Timor-Leste. Vietnam juga mendahului kita sekarang ini.Keadaan menjadi lebih buruk lagi tatkala diperhatikan bahawa bukan sahaja kemasukan FDI menjunam, pengaliran keluar dana tempatan adalah juga yang terbesar berbanding semua negara ASEAN sebanyak RM25.77 bilion.
Apakah makna semua ini? Mengapa FDI faktor penting dalam ekonomi negara?
Jawapannya mudah. Ketika negara tidak mampu lagi melakukan perbelanjaan besar (G-factor, termasuk mengepam ekonomi atau pump-priming)) kerana telah terbeban dengan hutang awam (kerajaan) sehingga ke paras 52.6% dari KDNK (RM362bilion), maka pertumbuhan negara mesti dipacu oleh pelaburan pihak swasta.
Pihak pelaburan swasta ada dua komponen. Satu pelaburan tempatan dan kedua pihak luar. Kini apa yang kita tahu ialah bukan sahaja dari luar kurang masuk (FDI) dari dalam pun banyak yang keluar. Antara lain ini bermaksud, keyakinan terhadap negara sebagai destinasi pelaburan yang baik, belum pulih.
Apabila ini berlaku ia membawa dua kesan besar. Satu, kesan pada pertumbuhan. Kerana kekurangan dana untuk memacu kegiatan ekonomi dan pelaburan dalam pelbagai bidang khsususnya pembuatan dan perkhidmatan, maka pertumbuhan 6% yang disasar tidak akan dapat dipacu. Keadaan akan menjadu lebih buruk apabila permintaan global dan serantau merosot kerana akan menjejaskan faktor Ekspot dalam KDNK.
Lebih parah lagi kalau sentimen pengguna juga turut terjejas. Terkini laporan MIER (Malaysian Institute of Economic Reserach) turut menunjukkan bahawa indeks sentimen pengguna merosot. Faktor Penggunaan (Consumption) akan turut memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan. Penarikan subsidi terkini bahkan pengenalan GST nanti, tentunya akan memburukkan faktor Perbelanjaan khususnya ketika tercetusnya inflasi.
Apabila sasaran 6% pertumbuhan gagal dicapai, ini meninggalkan kesan lansung secara negatif kepada usaha untuk menjana pendapatan per kapita yang tinggi seperti yang diharapkan PM. Situasi ini jelas adalah tidak selesa sama-sekali untuk Najib bahkan ini mencemaskan dan berpotensi menyebabkan kesemua ’target-makro’ dalam RMK-10 tersasar.
Oleh kerana Malaysia adalah sebuah model ekonomi terbuka yang kecil (KDNK sebanyak ~RM700 bilion) serta bergantung kepada kegiatan ekspot maka menghasilkan barangan ekspot yang bernilai-tambah tinggi adalah penting untuk mengekalkan dayasaing negara.
Lain kiranya kalau kita mampu memacu pertumbuhan secara permintaan dan dana domestik seperti negara negara Scandinavia yang punya ekonomi kecil seperti Denmark, Norway atau Sweden yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi dengan permintaan domestik.
Untuk memenuhi matlamat pertumbuhan negara, dana untuk pelaburan adalah cukup kritikal. Dana itu datang dari luar(FDI) atau dari pelabur tempatan. Kedua-dua ini mengikut laporan UNCTAD ini jelas merosot.
Itulah sebabnya pimpinan Najib dan BN mesti melihat apakah faktor-faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku ataukah kita akan kekal dalam penafian seperti yang ditanggapi umum oleh kenyataan adik Najib, DS Nazir Razak, boss atau CEO CIMB itu, sebuah Investment Bank yang terulung di negara ini yang banyak mendapat habuan besar dari kegiatan kewangan korporat seperti M&A, IPO, terbitan Bon dan Sukuk dsbnya.
Sementara saya memahami apa yang beliau maksudkan dengan ‘quality investment’ dan ‘timing’nya, namun komentarnya itu tidak dapat menyangkal bahawa Malaysia, sebagai destinasi pelaburan, sudah tidak lagi berada dalam ‘radar utama pelabur’ asing dan juga tempatan.
Ada dua bentuk pelaburan asing; satu FDI dan kedua pelaburan ‘Portfolio’ dalam Bursa Malaysia. Kedua-dua penting. Yang lebih penting ialah FDI melalui Syarikat Multi-Nasional (MNCs) kerana ianya bersifat jangka-jauh dan terkadangkali membawa perpindahan teknologi disamping menjana pekerjaan.
Namun portfolio atau ‘hot-money’ juga penting dalam Pasaran Saham. Ia berperanan mengagihkan dana untuk syarikat-syarikat tersenarai (PLCs) untuk membuat pengembangan bisnes dan juga R&D&C dengan suntikan dana yang dilabur oleh pengurus-pengurus dana. Malangnya aliran masuk dana ke dalam Pasaran Saham juga muram dan akhirnya pelabur institusi tempatan juga yang melabur seperti KWSP, Tabung Haji, KWAP, LTAT dsbnya.
Tidak dapat dielakkan komentar Nazir semacam mahu membela abangnya. Ia agak tampak tak kena atau misplaced, dengan izin.

No comments:
Post a Comment