Share |

Thursday 8 July 2010

Death in Detention: the Gunasegaran case

By Nathaniel Tan,

Another no work post from me, sorry :( But maybe more on this another time. Thanks to the people at Suaram who have been diligently documenting:
Ahli Forensik Menolak Pendirian Sendiri:
Gunasegaran Kemungkinan Pernah Dipukul Sebelum Mati
1 Julai 2010
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur meneruskan siasatan terhadap kes R.Gunasegaran yang mati dalam tahanan polis di Balai Polis Sentul .Saksi yang ke -18 ,ahli forensik yang bernama Nurulhasanah Mustapar .Dr.Nurul telah menolak laporan bedah siasat dan menyatakan Gunasegaran berkemungkinan besar pernah dipukul sebelum mati.

Dalam laporan Dr. Nurul telah menyatakan bahawa faktor Gunasegaran meninggal dunia adalah disebabkan pengambilan dadah yang keterlaluan,dan badannya tidak terdapat apa-apa kesan cedera yang boleh menyebabkan kematiannya.
Namun demikian, selepas beberapa kali pertanyaan peguam kepada ahli keluarga Gunasegaran iaitu M.Visvanathan terhadap Dr.Nurul ,maka dia memberikan pernyataan bahawa kecederaan di bahagian punggung, dada dan lenggan kemungkinan adalah disebabkan oleh pemukulan. Selain itu , bahagian perut Gunasegaran berkembang sedikit dan Dr.Nurul menyatakan kemungkinan si mati pernah ditumbuk di bahagian depan serta belakang dan menyebabkannya berdarah .
Apabila peguam menanya Dr Nurul bahawa sama ada Gunasegaran pernah dijalankan proses ‘resuscitation’. Dr Nurul telah menyatakan bahagian dada Gunasegaran terdapat lebam, dan ini menunjukkan dia pernah dijalankan proses ‘resuscitation’,.Walau bagaimanapun,Dr Nurul tidak mencatatnya ke dalam laporan post-mortem.
Sebelum mahkamah berhenti rehat, Dr.Nurul telah memberi penerangan bahawa sekiranya Gunasegaran tidak menjalankan proses ‘resuscitation’, maka kemungkinan besar lebam tersebut adalah disebabkan oleh pemukulan.
Apabila mahkamah membicara semula selepas rehat, peguam Visvanathan telah menunjukkan bukti bahawa Gunasegaran tidak pernah dijalankan proses ‘resuscitation’. Hal ini menunjukkan kenyataan tersebut bertentangan dengan jawapan yang diberi oleh Dr.Nurul sebelum itu.
Pada masa itu, Dr. Nurul membalaskan bahawa adalah sebab kali pertama dia menghadiri mahkamah sebagai saksi, maka dia telah tersilap dengan memberi keterangan yang salah pada masa awalnya.
Peguam berasa kecewa dan marah terhadap kenyataan Dr Nurul. Peguam memberitahu bahawa adalah tidak logik sekiranya lebam tersebut hanya muncul pada post mortem kali kedua .Peguam memarahi Dr.Nurul membohong dan tidak menghormati mahkamah dengan mengubahkan keterangannya. Tambahan, peguam mensyaki Dr Nurul cuba mengelakkan kemungkinan sebab kematian Gunasegaran adalah dipukul oleh orang lain tanpa mencatatkannya dalam laporan post-mortem.
Dr.Nurul mengakui bahawa adalah kesilapannya tidak menjumpai lebam tersebut pada post mortem kali pertama dan memang dia berasa tertekan apabila menguruskan kes Gunasegaran .Namun demikian, dia mengakui bahawa sekiranya lebam tersebut bukan disebabkan oleh ‘resuscitation’,kemungkinan besar ia adalah disebabkan oleh pemukulan oleh orang lain.
Dr.Nurul diberitahu oleh polis bahawa Gunasegaran meninggal dunia pada pukul 530pm, namum pada hakikatnya, Gunasegaran meninggal dunia pada pukul 730pm.
Oleh sebab Dr. Nurul menerima laporan ujian urin dan darah daripada Jabatan Kimia pada haribulan 15 September 2009, maka dengan tanpa mengetahui jumlah kandungan dadah cocaine,amphetamine dan moprphine yang terdapat dalam badan Gunasegaran, dia dengan seorang doktor pakar telah membincang dan membuat kesimpulan bahawa punca kematian Gunasegaran adalah disebabkan oleh pengambilan dadah yang berlebihan.
Latar belakang:
R.Gunasegaran (31 tahun) didapati mati dalam tahanan di Balai Polis Sentul pada hari bulan 16 Julai 2009 selepas 2 jam dia ditangkap oleh polis dalam satu operasi penangkapan penagihan dadah di sekitar kawasan Sentul.
Namun demikian,kakak Gunasaegaran yang bernama R.Ganga Gowri telah melaporkan kepada polis terhadap sebab tidak setuju kematian adiknya adalah berpunca daripada pengambilan dadah yang berlebihan dan dia mempercayai Gunasegaran pernah dipukul oleh pengawai polis sebelum dia meninggal dunia, dan kenyataan tersebut disetujui oleh beberapa orang saksi yang pada masa itu berada dalam lokap yang sama dengan adiknya, mereka menyatakan Gunasegaran dipukul oleh polis dengan menggunakan hos getah dan juga kayu.

No comments: