Share |

Saturday 29 May 2010

SJK (T) TAPAH dinafikan bangunan tambahan oleh Kerajaan UMNO.

SJK (T) TAPAH dinafikan bangunan tambahan oleh Kerajaan UMNO.
Tapah, 21 Mei – Penangguhan pembinaan bangunan tambahan Sekolah Tapah amat mengecewakan. Bilangan pelajar di sekolah ini semakin meningkat disebabkan lokasinya yang terletak di pusat bandar. Sekiranya pembinaan bangunan masih dilengahkan lagi maka para ibu bapa akan mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan yang terletak berhampiran kerana kekurangan bilik darjah di sekolah Tamil tersebut.  Papan pemberitahuan tentang pembinaan bangunan tambahan yang dipasang sebelum pilihan raya umum 2008 tanpa adanya tarikh permulaan dan tempoh projek pembinaan sudah melangkah tahun kedua namun kerajaan negeri masih tidak mengambil sebarang tindakan untuk menjalankan projek tersebut melahirkan kesangsian bahawa projek itu hanyalah semata-mata untuk mengkaburi mata masyarakat India di kawasan Tapah bagi memancing undi mereka.
Komen HRP: Daripada jumlah sebanyak RM191.5 bilion yang telah diperuntukkan dalam bajet 2010, RM30 bilion telah diagihkan untuk pembinaan 80 buah sekolah baru, 1,100 bangunan tambahan dan 347 projek pemindahan sekolah             (school replacement projects). Namun usaha untuk membina bangunan tambahan bagi sekolah ini masih dilengahkan lagi sehingga ke hari ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sekolah-sekolah Tamil masih ke hari ini dinafikan bantuan oleh kerajaan. Gagasan 1 Malay-sia? Rakyat Didahulukan …?


2 comments:

Anonymous said...

testing

Anonymous said...

Jayabalan a/l Kandiah, GPK1 dari SJKT Gemas adalah seorang keling pariah!

Jayabalan Kandiah, GPK1 dari SJKT Gemas adalah seorang keling pariah!