Dari Malaysiakini
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menuntut penjelasan penuh daripada kerajaan di Parlimen minggu depan berhubung penyerahan dua pelantar yang kaya dengan hasil minyak kepada Brunei dengan alasan negara itu kononnya bersetuju mengugurkan tuntutannya ke atas wilayah Limbang di Sarawak.
TV Selangor yang memetik sumber berkata Anwar telah memperolehi kelulusan khas daripada speaker Dewan Rakyat Datuk Pandikar Amin Mulia untuk membahaskan isu itu pada 8 Jun, sebelum ketua umum PKR itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan kebebasan Parlimen pada hari yang sama.
Umno menggunakan majoritinya dalam parlimen untuk memastikan Anwar dikenakan tindakan kerana mendedahkan kerajaan Umno-BN menggunakan kepakaran Zionis-Yahudi dalam membuat keputusan-keputusan kerajaan, khususnya dalam merangka konsep 1Malaysia yang mirip dengan program One Israel.
Walaupun berhadap dengan kemungkinan digantung dari parlimen, Anwar tetap bertekad untuk mencabar keputusan kerajaan menyerahkan dua pelantar minyak yang dianggar bernilai RM320 bilion kepada Brunei, sekaligus menafikan rakyat Sabah dan Sarawak daripada mengecapi hasil lumayan itu.
Malaysia mendakwa sebagai balasan pemberian itu, Brunei menggugurkan tuntutannya ke atas Limbang, namun hakikatnya ialah Brunei tidak pun mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi menarik balik tuntutannya itu.
Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berkata, Pakatan Rakyat mahu kerajaan menjelaskan berhubung kehilangan hak milik Malaysia ke atas dua lapangan minyak itu secara jelas dan terbuka.
“Ini Dewan Rakyat dan tentulah satu perkara yang melibatkan kepentingan orang ramai di mana kerajaan perlu memberi penjelasan yang memuaskan berhubung kedudukan Limbang kerana adalah tuntutan kedaulatan Limbang oleh Sultan Brunei” ujar beliau.
Kit Siang yang juga penasihat DAP berkata, walaupun keputusan untuk membenarkan atau pun tidak usul tersebut dibahaskan pada sesi parlimen kali ini, semuanya terletak di tangan speaker dan juga perdana menteri.
“Sama ada Datuk Seri Anwar akan diberikan peluang untuk mengemukakan satu usul akan bergantung kepada pendirian kerajaan Barisan Nasional. Sampai sekarang kita tidak tahu bagaimana pendirian perdana menteri dan sebab itu kita menggesa perdana menteri untuk menyetujui bahawa perkara ini adalah perkara yang penting dan patut mendahului urusan parlimen” ujarnya lagi.
Sementara itu, ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar mencadangkan kerajaan membentangkan kertas putih bagi menjelaskan isu kedaulatan wilayah Limbang sekiranya tidak bersedia menerima usul dari ketua pembangkang.
Katanya kerajaan harus memperakui kelemahan namun dalam masa yang sama menggantikannya dengan ketelusan.
“Kami boleh bersetuju jika pihak kerajaan sendiri yang membawa usul satu bentuk pembentangan kertas putih, maknanya kami boleh terima kalau mereka kata mereka belum bersedia menerima usul dari ketua pembangkang atau dari mana-mana ahli parlimen pembangkang”.

9 comments:
8 jun.. cukup untuk pihak2 yang berkenaan membuat persediaan bagi menghadapi soalan2 dari DSAI. apa2pun kita tunggu ja la apa yang berlaku nanti..
Parlimen memang tempat yang sesuai untuk selesaikan masalah2 besar seperti ini. oleh itu, tidak perlu lagi buat open statement sebab jawapannya ada di parlimen.
isu limbang dan blok minyak ini telah mula dipolitikkan oleh pembangkang. isu ini telah banyak menimbulkan perasaan tidak puas hai dikalangan rakyat sabah dan sarawak. diharap pihak BN dapat memberikan penjelasan penuh di parlimen nanti. ini perlu agar pembangkang tidak lagi memperbesarkan isu ini.
Heran, DSAI should zip his big mount...remember ya, people made the decision by the referring law.... if you say thousand of words pun the things remain the same... legal mah...
isu ini memang perlu diperjelaskan oleh kerajaan kepada rakyat, diharap dengan penjelasan yang dibuat di parlimen nanti, rakyat kan memamahi situasi sebenar mengenai penyerahan 2 blok minyak tersebut kepada Brunei
isu ini kali ni mau dibawa ke parlimen. tp bagus juga tu, dapat juga kita mendengar penjelasan mengenai penyerahan pelantar minyak kepada Brunei tu.
Another white paper needs to be serve. Hopefully the Government will explain on the oil block and Limbang.Now is the time to clear every misunderstanding and to make the people understand about this situation.
Brunei masih mendiamkan diri tapi kenyataan suda dikeluarkan oleh Wisma Putra. Explanation should be in full detail without leaving anything out. Too bad the people doesn't seem to be convince with WP statement.
The saga continue and we will just have to wait after this.
it has been clarified again & again but it seems that the opposition is still trying to stir up the issues...i bet that the same explanation will be given & the opposition will never going to take it...
Post a Comment