KOTA BARU, 5 Mei — Dakwaan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, yang ditarik dari kereta seperti ‘lembu’ akan dibawa ke Dewan Rakyat, bulan depan.
Peguamnya, Gobind Singh Deo memberitahu perkara itu kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi lewat petang ini.
“Ya… saya diberitahu tentang perkara itu, tapi sekarang ini saya tak boleh komen panjang mengenainya lagi sebab saya perlu tumpukan dulu pada tugas saya yang datang hari ini iaitu untuk sediakan afidavit,” katanya.
“Saya mesti kena jaga etika peguam,” katanya yang turut berada di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas laporan Malay Mail hari ini berhubung perkembangan krisis Istana semalam.
Sementara itu akhabar Utusan Malaysia pula melaporkan Tengku Anis dilayan seperti penjenayah ketika mereka menghalang baginda berdua daripada berlepas ke Singapura.
“Belum pernah sepanjang umur saya Tuanku dilayan semacam penjenayah. Mengapa mereka tergamak buat macam ini sehingga mengejutkan Tuanku sendiri?” katanya.
Kemuncak krisis istana semalam dilihat semakin meruncing apabila keberangkatan Sultan Kelantan ke Singapura untuk rawatan susulan kesihatannya dihalang dan hanya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.
Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra pula dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kelantan tetapi meninggalkan premis itu tiga jam kemudian.
Baginda berdua dipercayai ditahan oleh anggota polis dari Unit Tindakan Khas kira-kira 100 meter dari Istana Mahkota semasa dalam perjalan ke lapangan terbang untuk berangkat ke Singapura, lebih kurang pukul 7.30 petang semalam.
Sehubungan itu Gobind berkata selaku Ahli Parlimen beliau akan membawa isu itu ke sidang Dewan Rakyat.
“Saya akan bawa ini sebagai isu pada sidang dewan nanti.
“Dan kita akan minta Ketua Polis Negara, Menteri Kementerian Dalam Negeri ulas perkara ini, terangkan kepada rakyat apakah ini imej anggota di bawah jabatan atau kementerian berkenaan ketika melayan atau melakukan sesuatu tindakan.
“Tambahan pula, tindakan mereka itu adalah tindakan ataupun layanan ke atas kerabat diraja.
“Selain sebagai seorang peguam, saya juga sebagai wakil rakyat sudah semestinya harus peka terhadap perkara-perkara yang semacam ini yang melibatkan konsep kemanusiaan,” ujarnya.
Hari ini Gobind dihalang menghadap Sultan Kelantan dan Raja Perempuan untuk disediakan afidavit dipercayai ekoran isu semalam.

No comments:
Post a Comment