Share |

Monday, 12 April 2010

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMARTABATKAN DAN MENINGGIKAN KEISTIMEWAAN MELAYU.

By Shen Yee Aun

Kita analisis dengan lebih terperinci pertikaian, perdebatan dan isu mengenai Hak Keistimewaan Orang Melayu yang sering diperkatakan.

Situasi 1 : Dunia menentang Amerika Syarikat atau dunia sebenarnya menentang George W Bush apabila beliau melancarkan peperangan dan serangan ke atas Iraq? Cuma secara kebetulan beliau merupakan seorang Presiden Amerika Syarikat maka seluruh dunia terus tanpa disedari menentang Amerika Syarikat seolah-oleh keseluruhan negara dan Amerika Syarikat yang seharusnya dipersalahkan dalam isu ini.

Cuma bayangkan kalau pemerintah itu bukan Bush tetapi Bill Clinton yang tidak menyerang Iraq. Adakah dunia akan menentang Amerika Syarikat? Jawapan ini jelas membuktikan kepada kita sebenarnya dunia menentang Bush dan bukan Amerika Syarikat. Dan lebih tepat kita juga bukan menentang Bush sebagai seorang manusia tetapi hanya kerana tindakannya terhadap Iraq. Kalau Bush tidak menyerang Iraq maka Bush juga tidak akan ditentang.

Natijahnya, masyarakat bukan Melayu sering dituduh menentang keistimewaan Melayu tetapi kalau kita fikir kembali dan berbanding dengan situasi di atas sebenarnya rakyat menentang Hak Keistimewaan Melayu atau sebenarnya menentang pelaksanaan hak keistimewaan orang Melayu oleh pelaksana keistimewaan Melayu?

Kalau Hak Keistimewaan orang Melayu dilaksana dengan baik, bersih, adil, cekap dan amanah maka mengapa perlu orang menentang Hak Keistimewaan Orang Melayu? Sebab itu masyarakat hanya menentang cara pelaksana yang memerintah negara selama 52 tahun dalam melaksanakan Hak Keistimewaan Orang Melayu.

Lagipun antara orang-orang Melayu yang kaya di Malaysia seorang adik kepada seorang Perdana Menteri. Seorang anak kepada seorang bekas Perdana Menteri. Seorang lagi menantu kepada seorang bekas Perdana Menteri. Kalaulah ini Hak Keistimewaan Melayu yang hendak kita perjuangkan. Kalaulah Melayu sendiri pun bersetuju dan suka.

Maka kepada bukan Melayu hari ini saya sarankan kamu semua supaya mula berdiam dan jangan lagi bersuara. Biarlah Melayu sendiri merampas Hak bangsa mereka sendiri. Sebab bila kamu bersuara kamu dituduh biadap, bersifat perkauman, dan mempertikaikan Hak Keistimewaan mereka.

Kalau kamu ditindas pun banyak lagi Melayu di negara ini juga ditindas oleh Hak ini. Kalau Melayu lain hendak keadaan Hak Keistimewaan Melayu kekal begini mengapa anda semua harus bersuara? Mungkin bila majoriti Melayu semakin ke belakang mereka hanya akan mula merindui suara-suaramu.



Hak Istimewa Ekonomi

Kaum bukan Melayu tidak perlu lagi terus bersuara. Mengapa hendak bersuara jika Melayu selesa dengan keadah DEB ini untuk menjajahi bangsa mereka sendiri? Lagipun ramai dalam kalangan kamu untung melalui konsep Ali Baba.

Anda sepatutnya berterima kasih kepada DEB. DEB yang menjadikan anda semua berdaya saing. Anda terpaksa bekerja dan berusaha berlipat kali ganda untuk meneruskan kehidupan ini dan keadaan ini menjadikan anda semua berjaya.

Situasi 2 : Isu DEB ibarakatkan kalau ada ujian di sekolah. Markah 30% terus diberi kepada Melayu. Mereka hanya perlu 10% lagi untuk lulus dan 50% lagi untuk mendapat A dalam ujian tersebut. Maka sepatutnya mereka berusaha mendapatkan 80% mereka hanya perlu berusaha mendapatkan 50% untuk dapat A.

Sekali nampak memang banyak membantu mereka. Sebab itu banyak statistik menujukkan kejayaan DEB dalam membasmi kemiskinan. Namun realitinya keadaan ini sebenarnya melemahkan mereka atau memperkuatkan mereka? Bagaimana mereka boleh hidup dalam dunia sebenar jika kualiti mereka sebenarnya hanya 50%? Sebab mereka akan set dalam minda mereka untuk hanya dapat 50% untuk dapatkan A.

Ya. Anda semua mungkin perlu susah sedikit. Banyak membaca. Perlu berusaha dapatkan 80%. Akhirnya kamu juga tetap yang untung. Keadaan ini menekan kamu untuk menjadi lebih baik.

Jangan lihat pada markah tapi usaha. Usaha mereka 50%. Usaha anda 80%. Siapa yang untung dari segi usaha?

Falsafah dan perlaksanaan ini seolah-olah pepatah English giving a person a fish to eat instead of teaching them how to fish. Maka jika benar satu hari nanti penjajah mereka sudah tidak dapat membekalkan mereka ikan dan mereka tidak tahu cara menangkap ikan.

Kamu rasa kamu semua yang sudah tahu cara menangkap ikan tanpa diberi. Siapa yang lebih untung? Sebab itulah banyak Ali Baba sebab mereka perlukan kamu untuk menangkap ikan untuk mereka.

Itupun penjajah hendak marah Melayu. Kata mereka mudah lupa. Kata mereka jual hak mereka. Tapi mereka tidak sedar sebenarnya penjajah sendiri yang patut dipersalahkan. Siapa suruh anda tidak mengajar orang kamu untuk menangkap ikan? Siapa suruh kamu asyik bagi ikan? Sebab itulah mereka perlu mencari orang lain untuk tangkap ikan untuk mereka. Jangan salahkan mereka kerana mereka berbuat demikian disebabkan kegagalan sistem kamu sendiri.

Oleh itu, kepada bukan Melayu. Mulai hari ini jika mereka suka bangsa mereka dijajah dan selama-lamanya tidak tahu menangkap ikan dan kamu tahu walaupun perlu bangun awal-awal pagi untuk menangkap ikan dan kerja susah tetapi apa ruginya anda semua selain susah sedikit?

Analoginya. Skim Cepat Kaya memanglah dalam masa jangka pendek menguntungkan. Jangka pangjang?


Hak Istimewa Dalam Pentadbiran Awam

Mengapa harus berbuat bising jika anda semua yang tak dapat atau ada yang tidak berminat hendak memasuki sektok pentadbiran awam dan kaki tangan kerajaan anda semua untuk banyak di sektor swasta bahkan anda yang membuka gerai kecil di pasar pun keuntungan lebih lumayan berbanding majoriti yang bekerja di sektor awam.

Gaji mereka hanya cukup sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Biarlah mereka kalau mereka hendak terus tinggal dalam Hak Keistimewaan ini. Mereka yang susah dan bukannya kamu.

Cuma dalam isu ini anda akan dituduh tidak mahu menerima mereka di sektor swasta sedangkan majoriti mereka tidak berani mencuba nasib di sektor swasta yang jauh lebih berisiko dan mencabar. Mereka hendak aman dan tenang di sektor awam.

Kualiti mereka lemah sebab mentaliti mereka semua terikut dengan keluarga dan ibu bapa mereka yang selamat dan cukup selesa di sektor awam sehingga mereka tidak mampu berdaya saing di sektor swasta. Anda rugi atau tidak?

Biarlah kalau Hak Istimewa mereka dalam sektor awam. Sebab kamu hendakkan pekerja yang tahu menangkap ikan. Kalau kamu terus menentang nanti semua lambakkan yang tidak tahu menangkap ikan memaksa kamu mengaji mereka pula di syarikat kamu.



Hak Istimewa dalam Pendidikan

Keadaan ini lebih merugikan mereka daripada merugikan anak anda semua. Sebab keadaan ini membunuh bangsa mereka yang benar-benar bijak dan berkebolehan. They are killing their own best students. Mengapa? Kalau hanya yang betul-betul layak secara sihat bersaing maka Melayu yang layak dan berkualiti tersebut akan bersinar di antara semua dan kualiti mereka boleh digunakan untuk menyumbang kembali kepada negara dan bangsa mereka.

Kalau mereka lambakkan mereka yang separuh separa dan suku layak keadaan ini tidak akan memberi kelebihan kepada pelajar Melayu yang terbaik sebab kesemua mereka adalah sama dan sukar untuk kita bezakan yang mana adalah terbaik.

Mereka sebenarnya walaupun menyusahkan anda semua tapi secara tidak langsung juga telah membantu menapis yang terbaik dalam kalangan yang baik. Anda juga yang untung. Sebab semua yang baik akan bersaing untuk menjadi terbaik. Berbanding mereka semua yang sederhana hanya akan bersaing untuk menjadi baik.

Dan kalau mereka benar-benar adil kepada anda semua tidak semestinya baik untuk anda semua. Sebab itu ramai dalam kalangan anak anda dihantar ke luar negara untuk belajar tidak kira terpaksa atau secara sukarela. Bila kembali ke negara permintaan terhadap mereka jauh lebih tinggi dalam pasaran kerja.

Lambakan Melayu dalam IPTA hanya memberi peluang kepada Melayu berebut dan bersaing dengan Melayu sendiri sahaja.

Anda rugi atau Melayu rugi?

Kalau Melayu rugi anda mengapa perlu bising lagi? Biar sahajalah sebab Melayu sendiri tidak kisah.

Mereka terlalu suka memegang kepada falsafah hak mereka sebab mungkin sudah lama dijajah.

Sebab kalau kamu diam. Percayalah sistem dan hak ini akan satu hari nanti menyebabkan Melayu sendiri bangun menentang Hak perlaksanaan hak mereka sendiri. Saya berani bertaruh dan menjamin. Ada masanya Melayu sendiri akan menentang sistem dan perlasanaan hak ini bila mereka semakin lemah dan menderita. Biar sahaja mereka terus percaya akan membantu mereka. Biarlah mereka pilih dibantu oleh Hak ini. Bila sampai masa mereka bangun dari tidur dan rasa mereka telah terpedaya dan ditipu oleh retorik dan gimik serta dijajah selama ini mereka akan dan pasti menentang pelaksana-pelaksana dan pejuang keistimewaan yang sedia ada.

Anda juga tidak perlu lagi dituduh tidak menghormati mereka.

Sesungguhnya silapnya bukan pada haknya! Silap pada pelaksana yang melaksanakan hak tersebut.


Isu PERKASA

Biarlah Ibrahim Ali dan konco-konconya hendak membuat bising. Sebab sekali nampak macam dia serang anda semua. Tapi realitinya peluru itu sebenarnya menembak pemerintah yang memerintah selama 52 tahun. Kalaulah benar kata Raja Petra PERKASA ini buah catur parti pemerintah maka lagilah kurang bijak mereka.

Mengapa? Semua isu kelemahan, kegagalan, kemiskinan orang Melayu yang ditimbulkan secara tersiratnya hanya menunjukkan parti pemerintah gagal memajukan orang Melayu.

Biarlah mereka nak berdemonstrasi ke. Beremosi ke. Menyerang ke. Buat apa sekalipun. Bukankah baik masa mereka dibazirkan membuat perkara-perkara yang tidak bermanfaat ini daripada belajar meningkatkan ilmi dan daripada belajar membuat perniagaan?

Biarlah mereka terus menjerit-jerit. Mereka sendiri yang tidak ada masa tambahan untuk belajar dan membuat perkara yang boleh memajukan mereka. Lagi baik mereka membakar semua semangat dan api dalam kaum mereka sehingga membunuh anda semua yang merupakan penyumbang 90% cukai pendapatan kepada negara dan 30% cukai eksais judi, arak dan rokok yang mereka tidak boleh berniaga kepada KDNK negara.

Pada ketika itu anda akan dibakar di negara melihat keadaan ekonomi negara dengan tersenyum.

Sudahlah mereka tidak sebegitu baik dengan barat. Sudahlah China dan India bakal menjadi kuasa besar ekonomi dunia. Kalau PERKASA berjaya membakar api sampai ke tahap begitu. Ingat China dan India akan memaafkan mereka?

Ketawa dan senyum dibakar di neraka sahajalah. Buat apa hendak terus mempertikaikan perlaksanaan dan pelaksana Hak Keistimewaan Orang Melayu? Mereka sendiri pun tidak dapat bezakan anda menentang perlaksaan hak dan bukan hak.

Kalau sahajalah ini merupakan satu permainan play station. Lebih baik semua perniagaan dan syarikat bagi sahaja kaum Melayu buat kalau itulah yang Ibrahim Ali hasratkan. Kita lihat KDNK negara pada ketika itu. Keadaan ekonomi pada ketika itu. Perkembangan syarikat negara itu. Dan tarikan pelabur pada ketika itu.

Mengapa saya begitu yakin dengan konklusi saya? Sebab tak perlu anda beri pun penjajah mereka sudah ada banyak bantuan kewangan dan perniagaan kepada mereka. Akhirnya? Tepuklah dada dan tanyalah selera.

Kalaulah Tun Dr Mahathir pejuang Melayu yang tulen mengapa bantu Ananda Krishnan, Francis Yeoh, Vincent Tan dan sebagainya berbanding berjuta-juta Melayu di negara ini? Lihat pemimpin penjajah kamu sendiri yang tidak memperjuangkan hak kamu. Atau kalau nak kata pemimpin kamu bijak menggunakan kaum lain untuk membuat keuntungan kepada negara dan akhirnya keuntungan itu disalurkan untuk menjajah anda semua?

Mereka yang salah anggap ayat saya di atas akan ingat saya memandang rendah pada Melayu. Realitinya tidak. Saya hanya memandang rendah pada penjajah mereka. Sebab kalaulah sistem, teknik dan keadah mereka berkesan maka Melayu tidak akan selemah ini dan juga tidak sepatutnya selemah ini. Namun demi kelangsungan kuasa mereka maka penjajah perlu memastikan Melayu terus hidup dalam sistem yang mereka rangkakan.

Kaum bukan Melayu. Sokonglah Keistimewaan Melayu. Percayalah bahawa akan ada masa Melayu sendiri yang akan menentang. Sokong sahaja. Masa itu Melayu tidak boleh lagi kata kamu perkauman, biadap dan sebagainya. Sebab kamu boleh kata hey saya menyokong HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU! Selama ini anda menentang sesuatu yang memusnahkan mereka. Kini sokong sahajalah. HIDUP KETUANAN MELAYU. PERKASA KEISTIMEWAAN MELAYU.

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMARTABATKAN DAN MENINGGIKAN KEISTIMEWAAN MELAYU.

KITA SOKONGA BARISAN NASIONAL SEPENUHNYA DAN SURUH MEREKA LAKSANALAH SECARA MELUAS.

KITA BERI SOKONGAN PENUH.....

Jangan risau. Jangka pendek anda juga perlu bersusah. Jangka panjang tiada ruginya dan mereka yang semakin rugi kalaulah itu yang mereka hendakkan daripada anda semua.
Anda semua baka dan zuriat Sun Tzu. Korbankan emas untuk mendapatkan platinium. Itulah strateginya. Atau pinjam pisau untuk membunuh. Anda sendiri tak perlu membunuh. Tak perlu jadi orang jahat untuk selamatkan orang baik. Jadi sahaja orang baik. SOKONG HAK MEREKA.

No comments: