Share |

Thursday 29 April 2010

Malaysia capai negara tua 2035 : Bagaimana nasib orang India tua?

Malaysia capai negara tua 2035 : Bagaimana nasib orang India tua?
kanniappan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) menjangkakan bilangan warga emas (orang tua) di Malaysia akan mencecah 15% pada tahun 2035.
Dalam masa 25 tahun lagi, mereka yang berusia dalam lingkungan 30-an hari ini akan bergelar orang tua. Banyak orang India dalam lingkungan usia 30-an hari ini berdepan dengan pelbagai masalah seperti tiada kad pengenalan (kerana tiada sijil kelahiran), pengangguran, masalah perumahan, gejala sosial dan sebagainya. Bayangkan nasib mereka apabila mereka sudah tua dan berpenyakit!
Kita pasti akan melihat lebih ramai orang India meminta sedekah dalam 25 tahun lagi. Hal ini demikian kerana pada hari ini mereka dinafikan pelbagai peluang oleh kerajaan UMNO. Tiada sebarang dasar yang dirangka setakat ini untuk mengubah nasib mereka. Yang ada hanya janji-janji pilihan raya dan cakap-cakap kosong! UMNO atau PR, jika menolong orang India akan kehilangan undi Melayu! Kehidupan dan nasib orang India terus menjadi perjudian politik parti-parti UMNO/BN dan PR.
Orang India yang tua pasti lebih miskin daripada orang tua Cina, Melayu, Iban, Kadazan, atau orang asli kerana golongan ini rata mempunyai tanah sendiri, tidak perlu membayar sewa dan mampu meneruskan kehidupan. Tetapi orang India yang miskin di bandar, pinggir bandar, dan kawasan pedalaman berdepan dengan masalah yang lebih rumit.
Siapakah yang akan mengubah nasib India? Satu Malaysia mampu melahirkan Mahatma Gandhi, Nelson Mandela atau Mother Teresa?
Nampaknya orang India tiada jalan keluar !
CikguParu
Human Rights Party Malaysia

malaysia capai negara tua

No comments: