Share |

Saturday 20 March 2010

Surat Kepada SPR Berhubung Pilihanraya PBT Di Selangor

Kenyataan Akhbar
18 MAC 2010

MENTERI BESAR TULIS SURAT KEPADA SPR BERHUBUNG PILIHAN RAYA KERAJAAN
TEMPATAN DI SELANGOR

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menulis surat kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berhubung Pilihan Raya Kerajaan Tempatan untuk memilih ahli majlis kerajaan tempatan di Selangor.

Dalam surat yang dihantar pada 11 Mac lalu itu, Abdul Khalid meminta pandangan SPR berkenaan cadangan kerajaan Selangor mahu mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan berlandaskan peruntukan Perlembagaan dan kuasa kerajaan negeri yang sedia ada.

Berdasarkan kajian kerajaan Selangor, Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada SPR untuk mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri-negeri.

Perkara 113 (4) itu menyatakan “Undang-undang persekutuan atau undang-undang negeri boleh memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya menjalankan apa-apa pilihan raya yang lain daripada pilihan raya yang dinyatakan dalam Fasal 1″.

Undang-undang negeri pula memperuntukkan kuasa kepada kerajaan negeri melantik pihak berkuasa negeri mengikut Akta Pilihan Raya Tempatan 1960 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Kerajaan Selangor berpendapat, Pilihan Raya Kerajaan Tempatan perlu diwujudkan semula bagi memastikan rakyat boleh memilih wakil yang mereka rasakan dapat memberi perkhidmatan yang terbaik.

Ini selaras dengan prinsip pentadbiran yang cuba diterapkan kerajaan Selangor iaitu meningkatkan urus tadbir dan cekap dan di samping memastikan ketelusan, kebertanggungjawaban dan memperkukuhkan lagi sistem berdemokrasi.

Berdasarkan akta sedia ada dan pendirian, kerajaan Selangor meminta Abdul Aziz dan SPR menjalankan kajian dan penyelidikan untuk mengadakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan bagi memilih ahli-ahli majlis di negeri ini supaya dapat dilaksanakan dengan segera.

Kerajaan Selangor juga menyatakan kesediaan untuk mengadakan perjumpaan dengan Abdul Aziz dan SPR bagi membincangkan perkara itu.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

——————————————————————————————————————————————————
PRESS STATEMENT
MARCH 19, 2010
SELANGOR MB WRITES TO ELECTION COMMISSION ON LOCAL ELECTIONS

SHAH ALAM: Selangor Menteri Besar has written to the Election Commission chairperson, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof on the possibility of conducting local government elections in the state.

In a letter dated March 11, 2010 the Menteri Besar sought the views of the Commission on the proposal of running the local council elections based on the current provisions in the Federal Constitution and the state powers.

The state is of the opinion that Article 113 (4) of the Constitution allows the Commission to restore local government elections in the
state.

The article provides:”Federal or State law may authorise the Election Commission to conduct elections other than those referred to in Clause (1)”.

Furthermore, State laws allocates power to the state government to appoint local council representatives based on the Local Government Elections Act 1960 and Local Government Act 1976

The Selangor government believes that local elections must be restored as it will allow the rakyat to elect the candidate who they think can serve them best.

This is in line with the state’s commitment to improve its administration to be more transparent, accountable and in strengthening democratic practices.

The state therefore requested Abdul Aziz and the commission to conduct studies and research on the possibility of holding local elections as soon as possible.

The state also expressed its readiness to meet Abdul Aziz and the Commission’s senior officers to discuss the issues further.

PRESS SECRETARIAT
OFFOCE OF DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

No comments: