Berita Harian
“Kementerian juga meminta Ahli Parlimen membantu OKU di kawasan masing-masing untuk tujuan itu,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Zin Mohamed (BN-Sepang). Menjawab soalan asal Mohd Zin, Shahrizat berkata, kementerian melalui Jabatan Pembangunan OKU di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang melaksanakan pelbagai tindakan bagi memastikan OKU dapat berdikari selain menyediakan peluang pekerjaan serta bantuan sokongan.
Beliau berkata, antara tindakan jangka pendek yang dilaksanakan untuk OKU ialah menyediakan elaun pekerja cacat RM300 sebulan sebagai insentif menggalakkan mereka bekerja serta hidup berdikari.
"Menyediakan bantuan geran pelancaran RM2,700 seorang sekali gus bagi menggalakkan OKU menjana pendapatan sendiri melalui perniagaan atau perusahaan kecil-kecilan.
"Selain itu, kementerian juga menyediakan bantuan untuk menyara kehidupan OKU yang tidak berupaya bekerja sebanyak RM150 sebulan manakala bantuan penjagaan OKU terlantar ialah RM300 sebulan bagi membantu meringankan perbelanjaan keluarga atau penjaga," katanya.
MAJIKAN diminta prihatin terhadap orang kurang upaya (OKU) dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pihaknya menyediakan banyak kursus kemahiran yang sesuai kepada OKU bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan.
“Kementerian juga meminta Ahli Parlimen membantu OKU di kawasan masing-masing untuk tujuan itu,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Zin Mohamed (BN-Sepang). Menjawab soalan asal Mohd Zin, Shahrizat berkata, kementerian melalui Jabatan Pembangunan OKU di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang melaksanakan pelbagai tindakan bagi memastikan OKU dapat berdikari selain menyediakan peluang pekerjaan serta bantuan sokongan.
Beliau berkata, antara tindakan jangka pendek yang dilaksanakan untuk OKU ialah menyediakan elaun pekerja cacat RM300 sebulan sebagai insentif menggalakkan mereka bekerja serta hidup berdikari.
"Menyediakan bantuan geran pelancaran RM2,700 seorang sekali gus bagi menggalakkan OKU menjana pendapatan sendiri melalui perniagaan atau perusahaan kecil-kecilan.
"Selain itu, kementerian juga menyediakan bantuan untuk menyara kehidupan OKU yang tidak berupaya bekerja sebanyak RM150 sebulan manakala bantuan penjagaan OKU terlantar ialah RM300 sebulan bagi membantu meringankan perbelanjaan keluarga atau penjaga," katanya.
No comments:
Post a Comment