Share |

Thursday, 11 February 2010

Tindakan tegas terhadap Zulkifli Nordin - Anwar

(Selangor Kini Online) - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengenakan tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin berikutan kenyataan yang dikeluarkannya bertentangan dengan prinsip parti dan dasar Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwear Ibrahim berkata, prinsip parti jelas bahawa hanya ahli yang mempersetujui dasar parti kekal dalam PKR.

“Itu dalam proses mesyuarat jawatankuasa disiplin dan kita akan tegas. Tidak mahu orang cari alasan untuk apa-apa, kita ikut prinsip saudara setuju pada dasar saudara kekal, tidak setuju tidak ada pilihan,’katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Zulkifli bahawa DAP tidak diperlukan dalam PR yang dianggap sebagai punca utama masalah dalaman yang melanda pembangkang.

Anwar dengan tegas menyifatkan kenyataan itu sebagai pendapat peribadi Zulkifli yang dimanipulasi media Umno untuk memecahbelahkan oarang Melayu dan Cina.

“Itu pendapat peribadi dia yang bertentangan dengan pendirian pimpinan dan dasar Pakatan Rakyat serta Keadilan. Dalam konvensyen baru-baru ini PR telah memutuskan untuk menerima tiga-tiga parti induk PKR, Pas dan Dap menerima beberapa prinsip asas perlembagaan, nbaik bahasa, hak istimewa orang Melayu, agama Islam dan kedudukan Raja-raja.

“Tapi dipermainkan media Umno untuk memecahbelahkan diantara Melayu dan Cina dan ini diteruskan. Media Umno memperbesarkan seolah-olah DAP menetang hak ke istimewaan orang Melayu. Ia tidak berbangkit kerana pimpinan DAP, Keadilan dan Pas telah menandatangani bersama,”katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata beliau tidak menghalang sekiranya Pas ingin mengadakan perbincangan dengan Umno dan Pakatan Rakyat sedia maklum mengenai perkara itu.

Katanya, bagaimanapun Pas tidak berganjak dengan pendirian bersama Pakatan Rakyat untuk menengakkan prinsip mereka.

Terdahulu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan hasrat untuk melihat Umno dan Pars duduk semeja membincangkan isu berkaitan agama Islam.

No comments: