Share |

Saturday 16 January 2010

Kelas bahasa Tamil dinafikan di sekolah Menengah.

SETIAWAN, 13 Januari - Pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR dan melangkah ke Tingkatan Satu di SMK Ahmad Boestamam kecewa kerana diberitahu mereka tidak disediakan kelas Bahasa Tamil semasa waktu persekolahan. Kenyataan ini dibantah oleh ibu bapa murid india yang belajar di sekolah tersebut. Malah menurut pelajar yang belajar di sekolah itu, bermula dari tahun ini kelas Bahasa Tamil akan mula dimansuhkan di setiap tingkatan. Para ibu bapa sedang menghadapi kesusahan sebab terpaksa memindahkan anak-anak mereka ke sekolah lain yang menyediakan kelas Bahasa Tamil kerana sekolah ini tidak membuat sebarang pengumuman awal tentang pemansuhan kelas Bahasa Tamil sebelum permulaan sesi persekolahan. Adakah wajar tindakan yang diambil oleh pengetua sekolah yang tidak memberitahu tentang pemansuhan kelas Bahasa Tamil dari awal lagi? (Nanban Jan 13)

HRP: Lima belas tahun dahulu Perdana Menteri Dr.Mahathir telah berjanji akan mengadakan kelas- kelas bahasa Tamil semasa waktu persekolahan di semua sekolah – sekolah kebangsaan dan sekarang ia sudah di tukar oleh Perdana Menteri Badawi dan sekarang Najib Razak pun perkara ini tidak mahu diselesaikan oleh UMNO. Tetapi bahasa Arab diajar semasa waktu persekolahan walaupun tidak ada orang arab di negara ini.

No comments: