Share |

Saturday 2 January 2010

Gambar 'sebat' dan malam tahun baru

Gambar 3 Disember sidang media di depan Ibupejabat Polis Bukit Aman selepas menghantar laporan polis terhadap MB Negeri Sembilan isu penyeludupan wang RM10 juta

Seludup RM10 juta : MB Negeri Sembilan Dihukum Sebat

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan dijatuhkan hukuman sebatan oleh Mahkamah Rakyat berhubung jenayah mengirimkan wang secara haram ke luar Negara membabitkan 10 juta ringgit ke London pada tahun 2008.

Hukuman sebatan secara simbolik itu diadakan dihadapan ibupejabat Keadilan Negeri Sembilan. Suasana yang pada awalnya tenang mulai tegang apabila pihak berkuasa mengerahkan pasukan polis simpanan FRU untuk menyuraikan perhimpunan aman itu.

“Dengan kita polis berani. Dengan umno takut. Menikus. Kesian juga pada polis- polis yang menerima tekanan oleh UMNO.”

Turut dikaitkan dengan penghantaran wang secara haram ini ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Rosmah didakwa telah melakukan transaksi wang secara haram melibatkan 6 ratus ribu ringgit sewaktu beliau sedang membeli belah di Dubai, Ogos lalu.

“Ada kelompok yang rapat dengan rejim secara seronok hantar duit juta-juta ke luar negara. Rosmah hanya sebab tak cukup duit shopping di Dubai, 6ratus ribu dihantar kesana. Dalam keadaan rakyat begitu susah payah dibawah ni," kata Badrul Hisham Shaharin,

Pengerusi Perwaja dan Maju Holding, Tan Sri Abu Sahid turut dikatakan telah memindahkan sejumlah 22.2 juta ringgit ke luar Negara.

Seorang lagi tokoh korporat yang rapat dengan rejim pemerintah iaitu adik kepada Syed Mokhtar Al- Bukhari, Syed Mohammad dikesan telah memindahkan wang secara tidak sah sebanyak 1.19 juta ringgit.

16 November lalu, pimpinan PKR telah menghantar surat rasmi kepada Menteri Besar Negeri Sembilan memohon penjelasan berhubung dakwaan itu, namun mohamad Hassan memilih untuk mendiamkan diri. Kegiatan ini telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998.

Isu ini juga dibangkitkan dalam sidang dewan undangan negeri Sembilan namun sekali lagi mohamad gagal memberi penjelasan. Pada 3 disember lalu, pimpinan PKR nekad memfailkan kes ini ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, namun badan yang kononnya berkecuali itu juga mengambil langkah sama, mendiamkan diri.

“Setiap kali wang Negara dihantar keluar Negara secara haram dalam jumlah yang besar, ia melibatkan ekonomi Negara. Melibatkan periuk nasi rakyat. kecuali mereka yang rapat dengan rejim pemerintah…….yang memang nyata,” katanya lagi.

26 0ctober lalu, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan pembatalan sebanyak 20 lesen perniagaan pengurupan wang di bawah Akta Pengurupan Wang 1998. Namun tidak disertakan sebab musabab pembatalan lessen berkenaan.


sempat bergambar bersama teman - teman selepas semuanya selesai
Selepas hukuman dijalankan
Polis gagal menyelamatkan Mohamad Hassan dari disebat kerana terlewat sampai, jalan jem. Polis cukup marah hari tersebut kerana terpedaya dengan maklumat awal kononya kami nak buat 11 pagi di depan bangunan Umno. Hampir 200 Polis dan gangster Umno menunggu sejak pagi malangnya kami buat petang di tempat lain.....kesian mereka
Sidang media selepas 'laksana hukuman'
Pak Din TTJ, antara pelaksana hukuman
Sani Md Shah menyebat dengan penuh 'geram'
YB Taufek memberikan ucapan sebelum 'jatuh hukum'

Sebatan dimulakan

Perbicaraan dimulakan lebih 100 yang hadir setuju Mohamad ialah pengkhianat dan wajar dihukum.Azmizam dari AMK Selangor juga turut hadir tanda sokongan

Manakala malam 31 Disember pula menghadiri Forum Perdana di Dataran Senawang anjuran pusat Khidmat DUN Paroi. Sekitar jam 11.45 malam diadakan majlis pelepasan Konvoi Anak Muda dari Senawang ke Cameron Highland. Konvoi yang disertai oleh 200 buah motorsikal ini bertujuan mengumpulkan anak muda dan mengarahkan mereka menyambut tahun baru dalam aktiviti berfaedah. Konvoi ini juga mendidik 'pemboncengan berhemah' kepada peserta.

Peserta konvoi siap sedia untuk berlepas

bersama Norazizi (Setiausaha KEADILAN Rembau), YB Taufek (YDP PAS Rembau), Sani Md Shah (Timb. AMK Rembau) bergambar bersama Marsyal Konvoi.antara 'jentera' yang bersiap untuk berkonvoi

No comments: