Suara Keadilan
Kolum Paksi Kata oleh Edmund Bon
Kolum Paksi Kata oleh Edmund Bon
Sistem pendidikan di Malaysia masih kurang menekankan aspek pemahaman 'perlembagaan' dengan lebih jelas di awal persekolahan menyebabkan rakyat tidak terdedah dan faham mengenainya.
Berdasarkan pengalaman sewaktu di sekolah dulu, kita hanya dimaklumkan untuk melafaz lima aspek rukun negara dan salah satu yang terkandung di dalamnya adalah keluhuran perlembagaan.
Malah jika ditanya murid-murid darjah satu atau dua mereka juga tidak faham mengenai keluhuran perlembagaan mahupun kedaulatan undang-undang itu.
Di Malaysia kita tiada subjek 'substentif' (isi di dalam undang-undang mengenai apa yang salah atau betul bagi teras) tersebut atau mata pelajaran yang berteraskan kepada perlembagaan semata-mata.
Sekolah hanya ada subjek moral dan sejarah, namun bagi dokumen yang penting seperti perlembagaan ini tiada subjek 'substensif' untuk dilaksanakan sehingga kini.
Kita memerlukan subjek yang memerlukan murid-murid sekolah, membaca dan mengadakan peperiksaan mengenai perlembagaan kerana dokumen ini penting, jika tiada dokumen tiada institusi negara.
Berbeza dengan Malaysia, di United Kingdom walaupun tiada perlembagaan bertulis namun tahap pemahaman rakyat mereka memahami isu hak-hak kemanusiaan adalah lebih baik.
Di UK wujud akta hak-hak kemanusiaan malah kerajaan mereka turut menekankan dengan membangunkan subjek-subjek tertentu seperti politik, undang-undang kerajaan dalam bentuk yang mudah untuk difahami oleh murid-murid sekolah.
Kini penting bagi negara kita menggalas tanggungjawab yang diabaikan generasi terdahulu untuk menguasakan rakyat mengenai perlembagaan ini.
Kita perlu melahirkan generasi yang faham dan berkuasa mengenai perlembagaan, kerana perlembagaan sesuatu yang amat 'berkuasa' dalam undang-undang di Malaysia.
Sebenarnya sehingga sekarang rakyat tidak mempunyai pengetahuan mengenai hak mereka kerana kita tidak mengetahui sesuatu perlembagaan itu dengan lebih mendalam.
Malah kita tidak sedar selama 52 tahun ini kerajaan tidak mempunyai inisiatif untuk mendidik dan menguasakan rakyat bagi memahami setiap isi perlembagaan tersebut.
Ini kerana mereka bimbang apabila rakyat lebih faham mengenai perlembagaan dan akan mempertahankan hak-hak sedia ada dalam perlembagaan tersebut, dan perkara ini cukup tidak diingini oleh pihak berkuasa.
Maka jika mulai sekarang rakyat masih tidak memahami dan kurang berpengetahuan mengenai perlembagaan maka kita tidak ubah seperti 52 tahun yang dahulu.
Dalam pada itu, melalui kempen Perlembagaanku yang diperkenalkan oleh Majlis Peguam ini memberi asas dan kepentingan perlembagaan yang tertinggi ini akan memberi impak kepada rakyat.
Malah pihak Majlis Peguam akan bekerjasama dengan pihak kementerian terbabit untuk membawa kempen PerlembagaanKu ini ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.
Kini target untuk kempen PerlembagaanKu adalah mereka yang berumur 15 hingga 35 tahun, selepas dua tahun dijalankan perancangan akan diatur untuk membawakan versi perlembagaan ini dalam bentuk kartun memberi fokus kepada golongan muda terutamanya golongan umur 15 tahun dan ke bawah.
Walau bagaimanapun menjadi tanggungjawab kerajaan pusat dan negeri bagi memudahkan perlembagaan ini diakses oleh golongan muda ini.

No comments:
Post a Comment