Share |

Thursday 24 December 2009

KEADILAN Rembau bantu Suresh dapatkan sijil lahir dan MyKad setelah sering terima janji kosong Bn

Sempat melawat keluarga di Rantau yang baru mendapat surat beranak dan MyKad untuk anaknya yang tiada pendaftaran lahir.

Beberapa hari lalu cheGuBard bersama Azizi (S/U Cabang Rembau) dan Sani (Timb. AMK Rembau) telah menziarahi rumah Puan Lachmy a/p Potharajoo di Rantau.

Setahun Lachmy telah menghubungi Pusat Aduan Rakyat Rembau memaklumkan bahawa amat risau dengan anaknya tidak mempunyai sijil pendaftaran lahir. Anaknya yang berumur 14 tahun tidak bersekolah selain dari kerana kemiskinan ialah kerana tidak mempunyai sijil lahir.

Selama ini dia percaya pemimpin Bn akan selesaikan. Rumahnya sendiri pernah dihadiri oleh Datuk Rajagopaloo, (pengerusi Mic Negeri Sembilan) ketika menjadi exco Kerajaan Negeri bersama dengan media kononya bersedia dan berjanji membantu mengeluarkan keluarga mereka dari kemiskinan. Rajagopaloo disiarkan oleh media khususnya yang berbahasa India ketika melawat rumah Lachmy berjanji akan menyelesaikan isu anak tanpa sijil lahirnya.

Namun janji tinggal janji....

Pusat Aduan Rakyat (KEADILAN) Rembau, melalui Selvam a/l Subramaniam (selaku jawatankuasa KEADILAN Rembau) telah berusaha sehingga ke Pahang, Kuala Pilah, Putrajaya dan banyak pejabat demi pejabat kerajaan yang dimasuki demi menyelesaikan masalah. Jika difikirkan mahu kecewa sudah lama kami kecewa namun atas semangat ingin membela rakyat akhirnya sijil kelahiran dan MyKad 'Sureh' telah diperolehi.

Di Rembau bepuluh kes anak India tanpa sijil kelahiran tanpa pembelaan.... mana Mic, mana parti baru Makhal Sakhti.... semua parti perkauman hanya guna isu kaum bukan membela...

Walaupun dihimpit perbagai kekurangan KEADILAN Rembau akan meneruskan pembelaan ke arah memperkasakan rakyat!!!

No comments: