Utusan Malaysia
"Bagaimanapun keadaan menjadi reda apabila ketua kumpulan itu menjerit sambil menyebut, ini Pak Tunku OCPD Baling. Jangan apa-apakan dia, saya biasa berbincang dengan dia, saya tahu dia boleh dipercayai," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.
Sebelum itu, Tunku Muzafar, 67, mengadakan perjumpaan buat kali pertama dalam tempoh 24 tahun dengan Senator Muhamad Yusof Husin yang telah menyelamatkannya ketika beliau dikepung oleh penyokong Pas dalam kejadian di Kampung Memali, Baling, Kedah.
Peristiwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985, mengorbankan seramai 18 orang manakala berpuluh-puluh lagi cedera serta beratus-ratus orang ditahan ketika polis melancarkan Operasi Angkara bagi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.
Menurut Tunku Muzafar, beliau terhutang budi dengan Muhamad Yusof, 55, yang berjaya mententeramkan keadaan dan menyelamatkan beliau walaupun ketika itu penyokong parti berkenaan berada dalam keadaan marah.
Dalam pada itu, Muhamad Yusof berkata, beliau melaungkan ungkapan supaya Tunku Muzafar tidak diapa-apakan kerana menghargai sikapnya yang adil terhadap semua ahli parti politik.
"Ketika kejadian, saya masih muda iaitu berusia 31 tahun tetapi ini tidak menghalang saya daripada berfikir secara waras untuk menghargai nyawa orang lain," katanya.
Ketika kejadian, katanya, beliau adalah Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Baling.
Beliau yang dilantik sebagai Senator sejak 2008, kini menyandang jawatan Setiausaha Perhubungan Pas Kedah
KUALA LUMPUR 21 Dis. - Semua pihak tidak harus mempertikaikan sikap profesional pasukan polis yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik ketika menguatkuasakan undang-undang negara.
Bekas Ketua Polis Daerah Baling, Tunku Muzafar Tunku Ibrahim berkata, berikutan sikap tidak berpihak itu, beliau tidak diapa-apakan oleh kira-kira 200 penyokong Pas yang mengepungnya ketika Peristiwa Memali pada 1985.
"Ketika kejadian di Kampung Memali, kereta peronda yang dinaiki saya dikepung oleh penyokong parti berkenaan yang melaung-laungkan ungkapan supaya saya dibunuh.

No comments:
Post a Comment