Share |

Sunday, 16 August 2009

Segera Pastikan Negara Keluar Dari Kemelesetan

Angka dan data yang diumumkan semalam menunjukkan Hong Kong mulai keluar dari bahana kemelesetan. Susulan dari perkembangan baik ini, Pentadbiran Hong Kong akan menyemak semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar sebelumnya yang menjangkakan kemerosotan di antara 5.5 % dan 6.5%.

Memerhati laporan perkembangan ekonomi serantau, ternyata ada berita baik di kalangan negara jiran. Singapura dan Korea Selatan misalnya, secara teknikal, boleh dikira berada dalam fasa selesa. Malahan menurut Malaysian Institute of Economic Research, Indonesia juga memperlihatkan perkembangan positif.

Perkembangan ini membuatkan beberapa persoalan menerjah minda saya. Ada berita baik untuk rakyat Malaysia dari pentadbiran yang acap kali mewar warkan perkataan pencapaian? Sudah tentu pelbagai janji ditabur dengan harapan kegusaran rakyat dapat dileburkan.

Hakikatnya ekspot negara kita merosot sekitar 25%-30%. Dan lebih memburukkan keadaan, tiadanya perubahan sistem dan polisi. Skandal PKFZ, tercalarnya imej SPRM, keganasan polis di perhimpunan aman dan propaganda sentimen perkauman sempit pastinya tidak membantu negara kita keluar dari kemelesetan. Moga bulan kemerdekaan ini menyedarkan pimpinan umno-bn untuk segera melakukan sesuatu yang munasabah demi menyelamatkan negara. Jangan khianati amanah rakyat kerana itulah patriotisme sejati.

ANWAR IBRAHIM

No comments: