Share |

Wednesday 6 May 2009

Lima Sasterawan Negara Tolak PPSMI

Dari Malaysiakini

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima tamparan besar sekali lagi hari ini apabila kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolaknya.

Mereka menyatakan enam sebab penolakan dalam satu kenyataan bersama yang diedarkan kepada media selepas mesyuarat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) di Rumah PENA pagi ini.

Dua tokoh sasterawan yang hadir - Datuk A Samad Said dan Muhammad Salleh - membayangkan akan membuang gelaran rasmi kerajaan itu “jika keadaan memerlukan”.

Tiga lagi Sasterawan Negara yang menentang dasar PPSMI - Datuk Shahnon Ahmad, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Abdullah Hussain - tidak hadir kerana masalah kesihatan.

Awal Mac lalu, A Samad mengejutkan dunia sastera Melayu dan nasionalis bahasa apabila menerajui ribuan penunjuk perasaan berarak ke Istana Nega

No comments: