Assalamualaikum wbt.
Datuk Seri Anwar,
Saya sangat bimbang dengan perlantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru kerana saya khuatir keselamatan Datuk Seri bakal tergugat sekali lagi.
Kita sedia maklum dengan tindakan cucu Datuk Onn Jaafar ini yang sentiasa mencari masalah dengan Datuk Seri sebelum ini. Jadi dengan tindakan sepupunya, Datuk Seri Najib dalam rejim Mahathirisme ini adalah antara kaedah untuk menjahanamkan Datuk Seri dan ini sememangnya peluang Hishammuddin untuk mengenakan Datuk Seri dengan jawatan barunya ini.
Saya cuma boleh senaraikan dua masalah yang Hishammuddin pernah timbulkan berkenaan diri Datuk Seri iaitu;
1. Mengeluarkan kenyataan kononnya Datuk Seri menyokong penggunaan Bahasa Inggeris sewaktu menjadi Menteri Pendidikan satu ketika dahulu.
2. Menuduh Datuk Seri sebagai pengkhianat negara dalam perhimpunan agung UMNO baru-baru ini.
Sebagai orang politik Datuk Seri lebih masak dengan beberapa tindakan lain Hishammuddin yang gemar menimbulkan masalah dan kontroversi demi mencari publisiti murahan.
Semoga Datuk Seri dapat terus bersemangat berjuang dan berdepan dengan pasukan Najib Razak, Hishammuddin Hussein dan Mahathir Mohamad.
Yang benar,
Zin Rahim
No comments:
Post a Comment