Share |

Friday, 20 March 2009

Orang Rembau mohon bantuan semua blogger menulis kisah mereka

Kepada
  • Editor Media

  • wartawan / penulis bebas

  • bloggers

Tuan ;

ISU PENGAMBILALIHAN TANAH (FELDA) SENDAYAN YANG TAK KESUDAHAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Felda Sendayan terletak dalam Daerah Seremban, dalam kawasan Parlimen Rembau dan DUN Rantau. Apabila menyebut Felda Sendayan ramai yang mengaitkan kami dengan Peneroka Jutawan. Ia hanyalah persepsi yang salah. Kami mengalami perbagai masalah semenjak proses pengambil alihan bermula dan kini sudah lebih berbelas tahun masalah tidak selesai juga.

Kami merayu kepada semua untuk hadir ke

SESI PENJELASAN KEPADA MEDIA / BLOGGER –

ISU PENDUDUK SENDAYAN TERTIPU

Tarikh : 16 Mac 2009 (Isnin)

Masa : 4.45 petang – 5.45 petang

Tempat : Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat,

A-1-09, Merchant Square,

Jalan Tropicana Selatan,

1 47410 Petaling Jaya.

Perlu ditegaskan bukan semua kami ahli KEADILAN, ramai juga ahli Umno. Namun lokasi program kerana kami dijemput dan disediakan tempat oleh KEADILAN setelah usaha kami meminta perhatian Umno gagal.

Tujuan program ini diadakan bagi meminta bantuan semua penggiat media dan blogger menghebahkan perkara sebenar kepada semua dan memberikan tekanan kepada kerajaan untuk menyelesaikan perkara ini dengan serius. Kami sudah dizalimi berbelas tahun lamanya.

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Mustafar 0196428525 atau Fauzi 0176460430.

Rayu untuk hebahkan dan panjangkan jemputan kepada semua penggiat media dan blogger.

Pendedahan kezaliman berterusan melibatkan tanah peneroka felda.

Sekian.

Seketeriat Bertindak Penduduk Sendayan.

No comments: