Pengerusi DAP Karpal Singh sekali lagi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan menghasut berhubung cadangannya untuk menyaman Sultan Perak.
Kes peguam terkenal itu akan disebut di mahkamah yang sama 22 April ini.
Karpal, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, berhasrat mengambil tindakan terhadap Sultan Azlan Shah sewaktu memuncak krisis rampasan kuasa BN daripada Pakatan Rakyat, Februari lalu.
Pada 17 Mac, beliau juga tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen dan kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dengan persetujuan pihak pendakwaan dan pembelaan.
Beliau didakwa mengeluarkan kata-kata hasutan pada sidang akhbar
berkaitan keputusan Sultan Perak di firmanya Tetuan Karpal Singh & Co, Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur antara tengah hari dan 12.30 tengah hari pada 6 Feb.
Karpal Singh dituduh bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya.
Pihak pendakwaan diwakili timbalan pendakwaraya Manoj Kurup , sementara Karpal mewakili dirinya sendiri dengan dibantu 10 peguam lagi, termasuk empat anaknya: Gobind Singh Deo, Jagdeep Singh Deo, Sangeet Kaur Deo dan Ram Karpal Deo.
Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah membenarkan ikat jamin RM2,000 dengan dua orang penjamin.

No comments:
Post a Comment