Share |

Monday 9 March 2009

Haramkan Parakuat untuk Kesejahteraan Wanita

Kenyataan Media Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh pada 7 April 2009 di Kelana Jaya.

Haramkan Parakuat untuk Kesejahteraan Wanita

Wanita ialah aset kepada pembangunan negara dan sumbangan mereka tidak dapat dinafikan penting. Wanita berada di setiap tahap pengurusan dan terlibat dalam hampir semua industri. Namun, bagi pekerja ladang wanita, mereka berada dalam tekanan dan berada dalam persekitaran yang mengancam nyawa mereka. Mereka terdedah dengan ancaman pelbagai penyakit akibat daripada kerja yang mereka dipertanggungjawabkan.

Sempena Hari Wanita Sedunia yang jatuh ada 8 Mac ini, saya ingin menggesa agar Kerajaan Pusat mengambil pendirian tegas untuk terus mengharamkan penggunaan parakuat (racun serangga atau racun rumpai) di ladang-ladang terutama sekali di ladang kelapa sawit kerana penggunaan ini telah mengancam pekerja-pekerja ladang yang juga terdiri daripada kaum wanita.

Melalui kajian yang dibuat pada Januari 2009 oleh sebuah NGO antarabangsa, tugasan penyemburan racun serangga melibatkan 80 peratus kaum wanita dan mereka ini terdedah kepada pelbagai ancaman. Pekerja ladang yang ditugaskan untuk menyembur parakuat, akan memberi kesan kepada organ kehamilan mereka. Pekerja juga akan terdedah kepada penyakit kulit dan cacat kekal.

Mereka juga terdedah kepada penyakit barah dan sekiranya mereka hamil, sebarang penyakit yang mereka alami berpunca daripada parakuat akan dibawa oleh bayi mereka. Jangkitan tesebut berlaku daripada penyusuan badan.

Penggunaan parakuat telah pun diharamkan oleh majoriti negara di dunia. Lembaga Racun Malaysia pernah mengharamkan penggunaan racun serangga ini suatu ketika dahulu dan kemudian ditarik balik. Mereka sekarang dalam membuat penilaian semula mengenai perkara ini atas banyak kajian kes berlaku di serata dunia dan mengancam pekerja-pekerja kaum wanita.

Sime Darby yang merupakan syarikat peladang minyak kelapa sawit yang terbesar di dunia mengiktiraf hak wanita dalam mendapat perlindungan daripada ancaman sedemikian. Dasar gender yang diluluskan pada 11 Ogos 2008 telah menyatakan dengan jelas hak-hak tersebut dan syarikat tersebut telah melaksanakannya sejak aswal 2008 sehingga kini. Ini merupakan tanggungjawab korporat sosial (CSR) yang perlu dicontohi oleh syarikat-syarikat perladangan yang lain.

Justeru, saya menyeru agar pihak berwajib menimbang semula dan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan parakuat yang mengancam golongan wanita. Ia selaras dengan piawai industry yang dinyataka oleh Roundtable on Sustainable Palm Oil’s Principles & Criteria yang mana keanggotaannya terdiri daripada pengeluar minyak kelapa sawit utama di dunia.

Selamat Hari Wanita 2009.

No comments: